BANTUAN RM1200 MYKAD 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SEKARANG

BANTUAN RM1200 MYKAD 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SEKARANG

Pengkreditan bantuan tunai ke dalam Mykad penerima telah diperkenalkan sejak tahun lalu dan mendapat sambutan baik daripada penerima. Oleh yang demikian, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian dan membuka kepada lebih ramai penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan rm1200 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN : DAFTAR SEKARANG

MANFAAT BANTUAN MYKAD 2024

Berikut merupakan manfaat bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad :

  1. Penerima bantuan dipilih berdasarkan data daripada penerima STR dan e-Kasih;
  2. Bantuan dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam Mykad;
  3. Kemudahan pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) menggunakan Mykad di kedai terpilih;
  4. Had pembelian sehingga RM1,200 setahun; dan
  5. Sah menggunakan Mykad sehingga 31 Disember 2024.

JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYKAD 2024

Kerajaan telah mengumumkan tarikh penyaluran bantuan ke dalam Mykad seperti jadual berikut :

BIL.TARIKH PENYALURANJUMLAH
1.22/01/2024RM100
2.01/02/2024RM100
3.01/03/2024RM100
4.01/04/2024RM100
5.01/05/2024RM100
6.01/06/2024RM100
7.01/07/2024RM100
8.01/08/2024RM100
9.01/09/2024RM100
10.01/10/2024RM100
11.01/11/2024RM100
12.01/12/2024RM100

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM1200 MYKAD

Pemberian bantuan tunai RM1,200 ke dalam Mykad adalah khas kepada yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Status berkahwin atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah.

BANTUAN RM1200 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan status penerima yang layak menerima bantuan RM1,200 dalam Mykad seperti berikut :

  1. Sila klik pautan rasmi semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan MyKad (MyKasih). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment