CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

Saban hari kos sara hidup semakin tinggi dan segelintir daripada rakyat Malaysia mungkin terkesan. Oleh itu, Kerajaan telah melancarkan Bantuan Sara Hidup bernilai RM100 bagi membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah yang terkesan akan gelumang kos sara hidup kini.

Bagaimanakah cara memohon bantuan sara hidup rm100 sebulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TERKINI PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 TELAH DIBENARKAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Berikut merupakan kadar peruntukan Bantuan Sara Hidup oleh Kerajaan bagi tahun 2024 :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BANTUANBILANGAN
PENERIMA
Miskin TegarIsi Rumah : RM100 sebulan.
Warga Emas : RM100 sebulan.
Bujang : RM50 sebulan.
0.2 juta
Miskin eKasihIsi Rumah : RM100 sebulan.
Warga Emas : RM100 sebulan.
Bujang : RM50 sebulan.
0.5 juta
Asas Bukan
Miskin
Isi Rumah : RM300 setahun.
Warga Emas : RM150 setahun.
Bujang : RM150 setahun.
8.0 juta

TARIKH KREDIT BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024

Bantuan Sara Hidup akan disalurkan berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :

NEGERI PENERIMATARIKH KREDIT BANTUAN
Pahang, Kelantan, Terengganu,
Perak, Perlis, Kedah, P. Pinang,
Melaka, N. Sembilan, Johor,
Kuala Lumpur dan Selangor.
Setiap bulan bermula
22 Januari 2024 sehingga
1 Disember 2024
Sabah dan SarawakDua kali setahun pada
19 Februari 2024 dan
12 Ogos 2024

KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024

Menurut daripada soalan lazim, tiada permohonan diperlukan kerana pemberian Bantuan Sara Hidup adalah secara automatik berdasarkan kelulusan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dan data kemiskinan e-Kasih sahaja. Namun, pemohon mestilah membuat pendaftaran melalui e-Kasih seperti berikut :

  1. Menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  3. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  4. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM100 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG”

Leave a Comment