BANTUAN RM1800 MYKAD MADANI 2024 (PERMOHONAN & SEMAKAN)

BANTUAN RM1800 MYKAD MADANI 2024 (PERMOHONAN & SEMAKAN)

Supaya penerima yang benar-benar layak mendapat bantuan dengan selamat serta tidak berlaku sebarang ketirisan atau keciciran, bantuan tunai dikreditkan melalui kad pengenalan (MyKad) penerima dengan kadar yang sewajarnya.

Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan rm1800 mykad madani? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK PENERIMA BANTUAN MYKASIH TERBARU RM150 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2024

Syarat-syarat kelayakan untuk menerima Bantuan MyKad Madani adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir atau menetap di mana-mana negeri Semenanjung Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa setiap negeri;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Isi Rumah, Warga emas dan Bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

PERMOHONAN BANTUAN RM1800 MYKAD MADANI 2024

Ikuti cara permohonan Bantuan MyKad Madani seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  9. Selesai.

*Nota : Setelah membuat permohonan, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau menerusi talian e-Kasih mengikut negeri.

SEMAKAN BANTUAN RM1800 MYKAD MADANI 2024

Sekiranya anda telah membuat permohonan, semakan status boleh dibuat pada pautan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor MyKad* dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian ini : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment