CHECK BANTUAN TUNAI MYSARA RM600 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Semua golongan dewasa yang menetap di bandar atau di luar bandar yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa termasuk bujang juga tersenarai layak untuk menerima Bantuan Tunai MySara dengan kadar sebanyak RM600 selama setahun.
Bagaimanakah check bantuan tunai mysara rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN RM1800 MYKAD MADANI (PERMOHONAN & SEMAKAN)
CARA BANTUAN TUNAI MYSARA RM600 2024 DIKREDITKAN
Cara pengkreditan Bantuan Tunai MySara adalah tertakluk kepada negeri penerima seperti berikut :
BIL. | SENARAI NEGERI PENERIMA | CARA BANTUAN DIKREDITKAN |
---|---|---|
1. | Selangor | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
2. | Kuala Lumpur | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
3. | Pahang | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
4. | Kelantan | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
5. | Terengganu | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
6. | Johor | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
7. | Melaka | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
8. | Negeri Sembilan | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
9. | Perlis | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
10. | Perak | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
11. | Kedah | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
12. | Pulau Pinang | Tanpa tunai melalui kad pintar (Setiap bulan) |
13. | Sabah | Tunai melalui kad bank atau Tunai di kaunter BSN (Dua kali setahun) |
14. | Sarawak | Tunai melalui kad bank atau Tunai di kaunter BSN (Dua kali setahun) |
15. | W.P Labuan | Tunai melalui kad bank atau Tunai di kaunter BSN (Dua kali setahun) |
KADAR BANTUAN TUNAI MYSARA RM600 2024 DIKREDITKAN
Bantuan Tunai MySara yang bernilai RM600 akan dikreditkan secara ansur berperingkat mengikut kadar antara RM50 setiap bulan ataupun sebanyak RM300 dua kali pengkreditan. Ianya bergantung kepada negeri setiap penerima.
KADAR PENGKREDITAN | NEGERI PENERIMA |
---|---|
RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun | Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang |
RM300 dua kali setahun sehingga RM600 setahun | Sabah, Sarawak dan W.P Labuan |
TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI MYSARA RM600 2024
Bagi penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia dikreditkan setiap bulan bermula pada bulan Januari sehingga ke bulan Disember 2024. Manakala penerima di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan pula dikreditkan pada Februari dan Ogos 2024.
TARIKH PENGKREDITAN | NEGERI PENERIMA |
---|---|
Bermula Januari 2024 hingga Disember 2024 | Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang |
Pada Februari 2024 dan Ogos 2024 | Sabah, Sarawak dan W.P Labuan |
KRITERIA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYSARA RM600 2024
Bantuan Tunai MySara yang bernilai RM600 adalah terhad kepada penerima yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada anak);
- Pendapatan individu di bawah garis PGK semasa;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori bujang; serta
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CHECK BANTUAN TUNAI MYSARA RM600 2024
Ikuti cara check status penerima Bantuan Tunai MySara pada pautan rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Laman Check Status MySara | https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan rasmi di atas.
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad* tanpa tanda sengkang (-) contoh : 8702305678.
- Kemudian, klik pada butang [Check Status] di bawah.
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.