BANTUAN RM50 MYKAD 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN RM50 MYKAD 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa yang berpendapatan rendah akan menerima bantuan tunai bernilai RM50 di dalam Mykad. Kementerian Kewangan telah menyasarkan untuk membantu golongan rentan yang terkesan akan peningkatan kos sara hidup.

Bagaimanakah semak kelayakan bantuan rm50 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 : SEMAK SEKARANG

JADUAL BAYARAN BANTUAN RM50 MYKAD

Berikut merupakan jadual pembayaran bantuan tunai RM50 ke dalam Mykad penerima bagi tahun 2024 :

BIL.TARIKH BAYARANJUMLAH
1.22 Januari 2024RM50
2.1Februari 2024RM50
3.1Mac 2024RM50
4.1April 2024RM50
5.1Mei 2024RM50
6.1Jun 2024RM50
7.1Julai 2024RM50
8.1Ogos 2024RM50
9.1September 2024RM50
10.1Oktober 2024RM50
11.1November 2024RM50
12.1Disember 2024RM50

MANFAAT BANTUAN MYKAD 2024

Berikut merupakan manfaat-manfaat daripada bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad :

  1. Pengkreditan adalah secara automatik tanpa permohonan;
  2. Dikreditkan setiap bulan sebanyak RM50 selama 12 bulan;
  3. Khas digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di mana-mana kedai atau pasaraya yang berdaftar seluruh Malaysia;
  4. Bayaran hanya secara tanpa tunai (cashless) menggunakan Mykad; dan
  5. Sah digunakan sehingga 31 Disember 2024.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM50 MYKAD

Penyaluran bantuan tunai RM50 ke dalam Mykad adalah tertakluk kepada yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • Status Bujang / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak;
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500; dan
  • Berdaftar di bawah e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

BANTUAN RM50 MYKAD 2024

Bagaimanapun, pemohon perlu membuat semakan status kelayakan di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pautan portal rasmi semakan kelayakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan MyKad (MyKasih). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment