BANTUAN SARA ONE OFF TERBARU 2024 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG
Terbaru, Bantuan SARA atau dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah akan tetap disalurkan kepada semua rakyat yang berkelayakan termasuk bukan berstatus Miskin atau Miskin Tegar, namun penyaluran bukanlah secara ansur setiap bulan tetapi secara one-off.
Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan sara one off terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU RM450 FASA 4 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK PENERIMA SEKARANG
APA ITU BANTUAN SARA 2024
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah disalurkan sejak Januari lalu kepada penerima yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar secara ansur setiap bulan melalui kad pengenalan.
Namun, penyaluran kali ini adalah khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Bukan Miskin dan Miskin Tegar yang akan disalurkan secara one-off melalui akaun bank penerima atau di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
BANTUAN SARA ONE OFF TERBARU 2024
Daripada seramai lebih 8.7 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah, seramai 0.7 juta telah menerima Bantuan SARA secara ansur bermula bulan Januari hingga Disember ini, dan lebih 8 juta penerima akan menerima Bantuan Sara secara one-off pada bulan Disember ini.
JUMLAH PENERIMA | TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA |
---|---|
0.7 juta penerima (Kumpulan Miskin & Miskin Tegar) | 01 Disember 2024 (Dalam MyKad) |
8.0 juta penerima (Kumpulan Asas Bukan Miskin & Miskin Tegar) | 09 Disember 2024 (Tunai di kaunter BSN atau akaun bank penerima) |
KADAR BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Kerajaan telah menetapkan kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dibayar secara one-off kepada 8.0 juta penerima yang bukan dari kumpulan Miskin dan Miskin Tegar merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN SARA ONE-OFF |
---|---|
ISI RUMAH | RM300 |
WARGA EMAS | RM150 |
BUJANG | RM150 |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Hanya rakyat Malaysia yang menepati syarat serta kriteria kelayakan penerima di bawah sahaja akan layak untuk menerima Bantuan SARA pada 9 Disember 2024 ini secara one-off , antara kelayakan yang ditetapkan adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori isi rumah / warga emas / bujang;
- Bukan dari Kumpulan Miskin atau Miskin Tegar yang berdaftar dengan e-Kasih.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Bagaimanapun, untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA secara one-off, semakan status kelayakan boleh dilakukan melalui pautan portal rasmi di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Semak status