SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024 : CHECK SEKARANG
Nama penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah disahkan ‘Lulus’ untuk menerima agihan wang tunai sebanyak RM300 secara one-off (sekaligus) adalah seramai 3.5 juta (berdasarkan data daripada Kementerian Kewangan).
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara one off rm300 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA ONE OFF TERBARU : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG
TARIKH AGIHAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Seramai lebih 3.5 juta nama penerima yang telah disahkan ‘Lulus’ akan mula menerima agihan Bantuan SARA bernilai sebanyak RM300 secara one-off (sekaligus) bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dan secara berperingkat melalui akaun bank penerima.
KAEDAH AGIHAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Terdapat dua (2) kaedah Bantuan Sara secara one-off diagihkan kepada penerima, iaitu melalui :
- Agihan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
- Agihan ke dalam akaun bank penerima atau akaun bank pasangan.
KRITERIA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Antara kriteria-kriteria kelayakan penerima Bantuan SARA bernilai RM300 secara one-off adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024;
- Status berkahwin atau ibubapa tunggal;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
- Bukan kumpulan Miskin atau Miskin Tegar dalam data e-Kasih.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima Bantuan Sara one-off bernilai RM300 seperti berikut :
- Layari laman semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk paparan iklan ‘Pemakluman Terkini‘.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pada bahagian seterusnya, klik butang [Semak].
- [Frasa Keselamatan Pemohon] akan dipaparkan.
- Klik [Ya] sekiranya frasa yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.