BANTUAN STR 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA

BANTUAN STR 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA

Daripada belanjawan 2024 yang telah dibentangkan, bahawa bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini telah dinaikkan berjumlah sehingga RM3,700 bersama dengan bantuan tambahan mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan str? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAHMAH : SEMAK STATUS PENERIMA

KADAR PENERIMA STR 2024

Kerajaan telah membuka permohonan bantuan STR sepanjang tahun dan kadar penerima yang dianggarkan adalah mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR
PENERIMA
Isi Rumah (Asas)
Pendapatan RM2,500 ke bawah
3.1 juta
Isi Rumah (Asas)
Pendapatan RM2,501 – RM5,000
1.0 juta
Warga Emas Bujang
(60 tahun ke atas)
1.3 juta
Bujang (21 – 59 tahun)3.3 juta

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA STR 2024

Penerima bantuan STR haruslah Warganegara Malaysia dan mengikuti kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  1. Isi Rumah :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  2. Warga Emas :
    • Bujang; atau
    • IbuBapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan individu bawah dari RM5,000.
  3. Bujang :
    • Bujang / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

AMAUN KESELURUHAN STR 2024

Setiap kategori akan menerima amaun yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
AMAUN STR 2024AMAUN KESELURUHAN
(Termasuk Tambahan)
ISI RUMAH
< RM2,500
-(0 anak) : RM1,000
-(1-2 anak) : RM1,500
-(3-4 anak) : RM2,000
-(<5 anak) : RM2,500
(Tambahan RM1,200)
=RM2,200
=RM2,700
=RM3,200
=RM3,700
ISI RUMAH
RM2,501 – RM5,000
-(0 anak) : RM500
-(1-2 anak) : RM750
-(3-4 anak) : RM1,000
-(<5 anak) : RM1,250
(Tambahan RM300)
=RM800
=RM1,050
=RM1,300
=RM1,550
WARGA EMASRM600+RM150 = RM750 /
+RM1,200 = RM1,800
BUJANGRM350+RM150 = RM500 /
+RM600 = RM950

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2024

Untuk semakan status penerima, haruslah melalui portal rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR LHDNM.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment