BANTUAN STR FASA 2 2024 : CHECK TARIKH & JUMLAH BAYARAN DIKREDITKAN

BANTUAN STR FASA 2 2024 : CHECK TARIKH & JUMLAH BAYARAN DIKREDITKAN

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan tunai yang telah dinaikkan kadar bagi tahun 2024 kepada lebih ramai penerima. Seramai 8.2 juta rakyat Malaysia telah menerima bayaran bantuan STR fasa pertama dan dijangka akan meningkat sehingga 9.0 juta penerima fasa kedua.

Bagaimanakah semakan tarikh dan jumlah bayaran bantuan str fasa 2? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN MY KASIH : SEMAK STATUS SEKARANG

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2

Tarikh bayaran Bantuan STR bagi fasa kedua adalah bermula sebelum perayaan Aidilfitri iaitu pada awal bulan April 2024 (bulan depan) secara berperingkat. Tarikh ini bertepatan dengan persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang dijangka pada 10 April 2024.

BAGIMANAKAH KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2

Kaedah bayaran Bantuan STR bagi fasa kedua adalah sama seperti fasa pertama iaitu penerima yang mempunyai akaun bank akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang didaftarkan. Manakala, penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan diberikan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2

Jumlah bayaran Bantuan STR fasa kedua adalah tertakluk kepada kelayakan penerima. Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan STR keseluruhan mengikut kategori :

  1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan :
    • RM1,000 : 0 anak
    • RM1,500 : 1 – 2 anak
    • RM2,000 : 3 – 4 anak
    • RM2,500 : 5 anak atau lebih
  2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000 :
    • RM500 : 0 anak
    • RM750 : 1 – 2 anak
    • RM1,000 : 3 – 4 anak
    • RM1,250 : 5 anak atau lebih
  3. Warga Emas Bujang :
    • RM600
  4. Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500) :
    • RM350

BANTUAN STR FASA 2 2024

Berikut merupakan pautan untuk semakan tarikh dan jumlah bayaran bantuan STR fasa kedua setiap penerima :

PERKARAPAUTAN
Semakan Tarikh & Jumlah
Bayaran Bantuan STR Fasa 2
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan status di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran semasa pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment