SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN MY KASIH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN MY KASIH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Di bawah program MyKasih juga turut menyalurkan Bantuan Bakul Makanan khas untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan makanan kepada golongan yang memerlukan terutamanya yang berpendapatan rendah. Dijangka seramai 700,000 rakyat Malaysia akan menikmati manfaat ini.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan bakul makanan my kasih? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : REGISTER BANTUAN SARA HIDUP MY KASIH 100 SETIAP BULAN : MOHON SEKARANG

APAKAH BARANG BANTUAN BAKUL MAKANAN MY KASIH

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan. Barangan yang terlibat dengan program MyKasih akan dilabel untuk rujukan penerima.

BERAPAKAH NILAI BANTUAN BAKUL MAKANAN MY KASIH 2024

Nilai Bantuan Bakul Makanan disalurkan mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORI
KELAYAKAN
NILAI BANTUAN
Isi rumah berkeluarga /
ibu bapa tunggal yang
mempunyai anak
RM1,200 setahun
Warga emas tiada pasanganRM1,200 setahun
Bujang / Balu / Janda / Duda
yang tiada anak
RM600 setahun

BAGAIMANAKAH KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN BAKUL MAKANAN MY KASIH 2024

Penerima akan menerima bantuan barangan makanan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN MY KASIH 2024

Ikuti cara semak senarai nama penerima yang layak menerima Bantuan Bakul Makanan bagi tahun 2024 di laman rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila klik pautan laman rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment