BANTUAN STR FASA 3 2024 : SEMAKAN STATUS, TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN

BANTUAN STR FASA 3 2024 : SEMAKAN STATUS, TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN

Oleh kerana bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) adalah merupakan bantuan subsidi bersasar, ia akan disalurkan secara berfasa dan berperingkat. Keseluruhan bayaran bantuan STR sepanjang tahun adalah empat fasa yang mana fasa pertama dan kedua telah selesai disalurkan dan kini adalah fasa ketiga.

Bagaimanakah semakan status, tarikh dan jumlah bayaran bantuan str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH ONLINE : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2024

Pemohon yang telah membuat permohonan bermula pada 1 Mac sehingga 30 Jun 2024 akan diambil kira bagi fasa ketiga sekiranya pemohon memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  1. ISI RUMAH :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  2. WARGA EMAS :
    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan individu bawah dari RM5,000.
  3. BUJANG :
    • Bujang / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan tarikh pembayaran bantuan STR mengikut fasa bagi tahun 2024 :

FASA BAYARANTARIKH
PERTAMA29 Januari 2024 – 02 Februari 2024
KEDUA03 April 2024 – 09 April 2024
KETIGA** Ogos 2024
KE EMPATNovember 2024
*Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2024

Pembayaran Bantuan STR fasa ketiga adalah mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori penerima seperti berikut :

  • ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH :
    • Akan disalurkan mengikut bilangan anak seperti berikut :
BILANGAN ANAKJUMLAH
PENUH
BANTUAN
STR 2024
STR FASA
1
STR FASA
2
STR FASA
3
TIADA ANAKRM1,000RM500RM150RM***
1 – 2 ANAKRM1,500RM500RM300RM***
3 – 4 ANAKRM2,000RM500RM500RM***
5 KE ATASRM2,500RM500RM650RM***
  • ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 HINGGA RM5,000 :
    • Juga akan disalurkan mengikut bilangan anak seperti berikut :
BILANGAN ANAKJUMLAH
PENUH
BANTUAN
STR 2024
STR FASA
1
STR FASA
2
STR FASA
3
TIADA ANAKRM500RM100RM100RM***
1 – 2 ANAKRM750RM150RM200RM***
3 – 4 ANAKRM1,000RM250RM250RM***
5 KE ATASRM1,250RM300RM300RM***
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN PENDAPATAN RM5,000 KE BAWAH :
JUMLAH
PENUH
BANTUAN STR
2024
STR FASA
1
STR FASA
2
STR FASA
3
RM600RM150RM150RM***
  • BUJANG PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH :
JUMLAH
PENUH
BANTUAN STR
2024
STR FASA
1
STR FASA
2
STR FASA
3
RM350RM100RM100RM***

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 3 2024

Bagaimanapun, pemohon perlu membuat semakan status untuk mengetahui tarikh serta jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa ketiga. Ikuti cara semakan status di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status serta jumlah bayaran fasa ketiga akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment