BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 : SEMAKAN STATUS & JUMLAH PEMBAYARAN

BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 : SEMAKAN STATUS & JUMLAH PEMBAYARAN

Bermula tahun 2024, setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga bakal turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Oleh kerana, penyasaran semula subsidi oleh Kerajaan dapat meningkatkan kadar bantuan yang disalurkan sepanjang tahun ini kepada 60% rakyat dewasa Malaysia.

Bagaimanakah semakan status dan jumlah pembayaran bantuan sumbangan asas rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Pembayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti kaedah berikut :

  • Penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
    • Akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai yang berdaftar dengan bantuan.
  • Penerima di negeri Sabah dan Sarawak :
    • Akan dikreditkan ke dalam akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (sama seperti pembayaran STR).

JUMLAH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI
MISKIN TEGAR
KATEGORI
MISKIN EKASIH
KATEGORI
ASAS BUKAN
MISKIN
Isi Rumah
(Berkeluarga /
Ibubapa tungal
yang mempunyai anak)
: RM1,200
Isi Rumah
(Berkeluarga /
Ibubapa tungal
yang mempunyai anak)
: RM1,200
Isi Rumah
(Berkeluarga /
Ibubapa tungal
yang mempunyai anak)
: RM300
Warga Emas
Tiada pasangan
: RM1,200
Warga Emas
Tiada pasangan
: RM1,200
Warga Emas
Tiada pasangan
: RM150
Bujang
: RM600
Bujang
: RM600
Bujang
: RM150
*Kategori Miskin / Miskin Tegar adalah penerima yang berdaftar dengan e-Kasih. Manakala, kategori asas adalah penerima STR yang tidak berdaftar dengan e-Kasih.

TARIKH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibayar mengikut tarikh seperti berikut :

PENERIMA DI
SEMENANJUNG
MALAYSIA
PENERIMA DI
SABAH
DAN SARAWAK
Akan dikreditkan setiap
bulan bermula :
22/01/2024
01/02/2024
01/03/2024
01/04/2024
01/05/2024
01/06/2024
01/07/2024
01/08/2024
01/09/2024
01/10/2024
01/11/2024
01/12/2024
Akan dikreditkan dua
kali setahun pada :
19/02/2024
dan
12/08/2024

BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Ikuti cara semakan status penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2024 di pautan rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Semakan Status Bantuan
Sumbangan Asas Rahmah
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pautan rasmi semakan status Sumbangan Asas Rahmah di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment