BANTUAN TAMBAHAN STR RM900 2025 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Sebahagian daripada penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) akan layak menerima Bantuan Tambahan STR berjumlah sehingga RM900 yang akan disalurkan sepanjang tahun 2025 sejajar dengan penyaluran Bantuan STR.
Bagaimanakah semak penerima bantuan tambahan str rm900? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PLKN 3.0 (SEMAKAN ONLINE)
BANTUAN TAMBAHAN STR RM900 2025
Selain daripada Bantuan STR, Bantuan Tambahan untuk penerima STR juga akan diberikan supaya bebanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah dan pendapatan serdehana dapat dikurangkan dan mendapat bantuan tunai sewajarnya oleh kerajaan.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 2025
Berikut merupakan jumlah penerima Bantuan STR dan juga penerima Bantuan Tambahan STR pada tahun 2025 :
JENIS BANTUAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Bantuan STR | 8.7 juta penerima |
Bantuan Tambahan STR (RM900) | 4.1 juta penerima |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2025
Penerimaan Bantuan Tambahan STR yang bernilai RM900 adalah secara ansur berperingkat mengikut tarikh berikut :
BIL. | TARIKH PENERIMAAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | April 2025 | RM100 |
2. | Mei 2025 | RM100 |
3. | Jun 2025 | RM100 |
4. | Julai 2025 | RM100 |
5. | Ogos 2025 | RM100 |
6. | September 2025 | RM100 |
7. | Oktober 2025 | RM100 |
8. | November 2025 | RM100 |
9. | Disember 2025 | RM100 |
= RM900 |
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM900
Antara kelayakan penerima Bantuan Tambahan STR yang bernilai RM900 adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori :
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah; dan
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000.
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Tambahan STR, ikuti cara semakan pada pautan rasmi seperti di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan nombor Mykad pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada [Pautan Portal Rasmi MyKasih] di bawah.
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Sila masukkan nombor MyKad* dan klik butang [Semakan Status].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf (Muka surat 59).