PLKN 3.0 (SEMAKAN ONLINE 2025)

PLKN 3.0 (SEMAKAN ONLINE 2025)

Sebagai permulaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0 akan dimulakan dengan pengambilan yang pertama pada bulan Januari seramai lebih 500 peserta dari seluruh negara dan akan ditempatkan di dua (2) kem tentera.

Bagaimanakah plkn semakan online? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PLKN : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK LAYAK

PENEMPATAN PLKN 3.0

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari bahawa peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0 yang pertama bulan Januari akan ditempatkan di dua (2) kem tentera iaitu di kem tentera Kuala Lumpur dan di kem tentera Pahang.

  • Kem tentera di Kuala Lumpur; dan
  • Kem tentera di Pahang.

PELAKSANAAN PLKN 3.0

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada bulan Januari 2025 berlasung selama tiga (3) bulan dan seterusnya dilaksanakan pada bulan Jun 2025 pula dengan pengambilan peserta baharu.

  • Fasa 1 : Bulan Januari 2025; dan
  • Fasa 2 : Bulan Jun 2025.

*Tarikh akan dimaklumkan secara rasmi kepada peserta yang terpilih.

KELAYAKAN PESERTA PLKN

Pemilihan peserta PLKN adalah bagi yang berkelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia 16 hingga 35 tahun;
  • Dalam kalangan pelajar tingkatan empat (4), lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

SEMAKAN PLKN ONLINE

Secara lazimnya, untuk mengetahui status pemilihan sebagai peserta PLKN, semakan boleh dilakukan melalui cara berikut :

  1. Pesanan Ringkas (SMS) :
    • Taip ‘PLKN SEMAK’ (ruang) Nombor Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888.
      • Contoh :PLKN SEMAK 960230115678
  2. E-mel :
    • Hantar e-mel ke PLKN.
  3. Pusat Panggilan JLKN :
    • Hubungi talian : 03-40274773 / 03-40274774 / 03-40274776 / 03-40274777 / 03-40274779 / 03-40274646 / 03-40274664.
  4. Notis Panggilan :
    • Peserta yang terpilih akan menerima Notis Panggilan PLKN.
  5. Laman Web Rasmi :
    • Semakan boleh dibuat di laman web rasmi PLKN.

*NOTA : Perlu diingatkan bahawa sebarang bentuk semakan di atas masih belum dibuka untuk semakan dan akan dikemaskini apabila laman tersebut telah dibuka.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mod.gov.my/.

Leave a Comment