BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU RM450 FASA 4 2024 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU RM450 FASA 4 2024 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) yang dikeluarkan hari ini, telah menyatakan bahawa selain daripada Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa empat (4), Bantuan Tambahan juga akan disalurkan kepada 8.0 juta penerima STR yang sedia ada dan baharu.

Bagaimanakah semak bantuan tambahan str terbaru rm450 fasa 4 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 4 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU RM450 FASA 4 2024 TELAH DIUMUMKAN

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Tambahan STR akan disalurkan secara one-off kepada semua 8.0 juta penerima STR BUKAN dari kumpulan Miskin / Miskin Tegar.

Pada masa yang sama, seramai 0.7 juta penerima STR yang terdiri daripada kumpulan Miskin / Miskin Tegar akan tetap menerima Bantuan Tambahan STR RM50/RM100 setiap bulan bagi sepanjang tahun sehingga ke penghujung tahun 2024 ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU RM450 FASA 4 2024

Berikut merupakan tarikh bayaran bantuan STR dan Tambahan STR kepada semua penerima yang berstatus ‘Layak’ :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan Sumbangan
Tunai Rahmah
(STR)
07 November 2024
Sehingga
14 November 2024
Bantuan Tambahan
Sumbangan Tunai Rahmah
(STR)
01 November 2024
(kepada 0.7 juta penerima)

09 Disember 2024
(kepada 8.0 juta penerima)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU RM450 FASA 4 2024

Seramai 8.0 juta penerima akan menerima bayaran Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah berjumlah :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR FASA 4
JUMLAH BAYARAN
TAMBAHAN
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Bergantung bilangan anak :
RM200 hingga RM700
+RM300
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga
RM5,000
Bergantung bilangan anak :
RM150 hingga RM350
+RM300
Warga Emas (Bujang)RM150+RM150
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
RM100+RM150

SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU RM450 FASA 4 2024

Ikuti cara semakan kelayakan Bantuan Tambahan STR yang terbaru fasa empat (4) seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi STR 2024 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

1 thought on “BANTUAN TAMBAHAN STR TERBARU RM450 FASA 4 2024 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment