BANTUAN TUNAI MADANI 3700 2024 : MOHON SEKARANG

BANTUAN TUNAI MADANI 3700 2024 : MOHON SEKARANG

Peruntukan tunai telah dinaikkan sejajar dengan penyasaran semula subsidi dan lebihan daripada penjimatan subsidi akan disalurkan bantuan tunai kepada rakyat yang berpendapatan rendah serta dari golongan B40. Bantuan tunai bagi tahun 2024 dijangka sehingga RM3,700 setahun.

Bagaimanakah cara mohon bantuan tunai madani 3700? Ikuti panduan selanjutnya di sini.

BACA JUGA : BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN : DOWNLOAD SEKARANG

PENGENALAN

Bantuan Tunai MADANI yang bernilai RM3,700 ialah bantuan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang digabungkan sehingga mencapai jumlah RM3,700 mengikut kategori dan bilangan anak / tanggungan.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI MADANI

Bantuan yang bernilai RM3,700 adalah gabungan antara dua (2) bantuan seperti berikut :

JENIS BANTUANJUMLAH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)RM2,500
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)RM1,200

KAEDAH AGIHAN BANTUAN TUNAI MADANI 3700

Terdapat dua (2) kaedah agihan bantuan tunai MADANI di antara Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

JENIS BANTUANKAEDAH AGIHAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Dikreditkan ke dalam akaun
bank penerima secara berperingkat
dan berfasa (mempunyai 4 fasa).
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Dikreditkan ke dalam Kad
Pengenalan penerima setiap bulan
sepanjang 12 bulan (selama 1 tahun).

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI MADANI 3700

Pembayaran bantuan tunai MADANI yang bernilai RM3,700 akan disalurkan kepada penerima mengikut jadual seperti berikut :

JENIS BANTUANJADUAL BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Fasa 1 : Februari 2024
Fasa 2 : April 2024
Fasa 3 : Ogos 2024
Fasa 4 : November 2024
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Januari, Februari, Mac, April,
Mei, Jun, Julai, Ogos, September,
Oktober, November & Disember 2024

CARA MOHON BANTUAN TUNAI MADANI 3700 2024

Berikut merupakan cara mohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah di Portal Rasmi MySTR LHDNM seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi.
  4. Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
  5. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang [/].
  8. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  10. Selesai.

*Manakala bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak memerlukan permohonan kerana kelulusan penerima adalah secara automatik sekiranya lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk berdasarkan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf

Leave a Comment