SEMAKAN BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Melalui sistem Mykasih, Kerajaan menyalurkan bantuan yang bernilai RM100 setiap bulan kepada golongan yang memerlukan dari semua kategori termasuk yang berkahwin, ibu atau bapa tunggal, bujang dan juga warga emas yang tiada pasangan. Bantuan yang disalurkan melalui MyKasih ini telah diperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima.

Berbanding sebelum ini hanya dikhususkan untuk golongan miskin dan miskin tegar sahaja. Namun, telah dinaikkan kadar dan diperluaskan pemberian. Hal ini demikian kerana, kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bagaimanakah semakan bantuan my kasih rm100 sebulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI MADANI 3700 : MOHON SEKARANG

TUJUAN BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024

Bantuan yang disalurkan melalui MyKasih sebanyak RM100 sebulan adalah bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan barangan keperluan asas dapur. Oleh kerana harga barangan keperluan asas dapur yang semakin meningkat naik menjadikan bebanan hidup rakyat semakin mencabar.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk penerima bantuan MyKasih yang bernilai RM100 sebulan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SENARAI PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024

Bantuan yang disalurkan Mykasih telah diperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima seperti berikut :

  • Golongan Miskin Tegar : 0.2j penerima.
  • Golongan Isi Rumah Miskin : 0.5j penerima.
  • Golongan Isi Rumah Asas : 1.3j penerima.
  • Golongan Warga Emas dan Bujang : 4.3j penerima.

CARA AGIHAN BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024

Bantuan MyKasih ini akan diagihkan setiap bulan dan dikredikan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima secara automatik sebanyak RM100 dan boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas di kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia dan pembayaran hanya dengan menggunakan MyKad sahaja.

SEMAKAN BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024

Ikuti cara semakan bantuan yang bernilai RM100 sebulan di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Kemudian, pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment