BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : SEMAK STATUS PENERIMA

BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : SEMAK STATUS PENERIMA

Penyampaian wang tunai kepada rakyat adalah melalui pelbagai bantuan dan antaranya adalah Bantuan Tunai Rahmah. Dianggarkan peruntukan pada tahun ini adalah untuk 9 juta rakyat dengan jumlah tunai yang agak tinggi berbanding tahun-tahun yang lepas.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH RM1200 : CHECK NAMA PENERIMA TERBARU

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH MENGIKUT KELAYAKAN PENERIMA

Setiap penerima akan menerima Bantuan Tunai Rahmah dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • ISI RUMAH BERKELUARGA / IBUBAPA TUNGGAL :
BIL. ANAKPENDAPATAN
ISI RUMAH
RM2,500 KE BAWAH
PENDAPATAN
ISI RUMAH
RM2,501 – RM5,000
Tiada AnakRM1,000RM500
1 – 2 AnakRM1,500RM750
3 – 4 AnakRM2,000RM1,000
5 ke atasRM2,500RM1,250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN :
JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH
RM600
  • BUJANG / IBUBAPA TUNGGAL (TIADA ANAK) :
JUMLAH BBANTUAN TUNAI RAHMAH
RM350

JADUAL BAYARAN TUNAI RAHMAH 2024

Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah adalah secara berfasa mengikut jadual permohonan dan kelulusan seperti berikut :

TARIKH HANTAR
PERMOHONAN
KELULUSAN
FASA
TARIKH BAYARAN
BANTUAN
1November 2023
hingga
30 November 2023
1, 2, 3 dan 4-02 Februari 2024
-10 April 2024
-** Ogos 2024
-** November 2024
1Disember 2023
hingga
29 Februari 2024
2, 3 dan 4-10 April 2024
-** Ogos 2024
-** November 2024
1Mac 2024
hingga
30 Jun 2024
3 dan 4-** Ogos 2024
-** November 2024
1Julai 2024
hingga
30September 2024
fasa 4 sahaja** November 2024
*Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.

CARA BAYARAN TUNAI RAHMAH 2024

Pembayaran bantuan Tunai Rahmah adalah mengikut maklumat perbankan penerima seperti berikut :

CARA BAYARAN BANTUANKETERANGAN
Melalui pindahan ke akaun bank
penerima / pasangan
Sekiranya mempunyai maklumat perbankan
Secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN)
Sekiranya tiada sebarang
maklumat perbankan

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Tunai Rahmah di pautan rasmi berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment