BANTUAN TUNAI RM1200 UNTUK B40 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BANTUAN TUNAI RM1200 UNTUK B40 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Kumpulan berpendapatan bulanan 40% terendah (B40) disenaraikan layak menerima bantuan tunai sebanyak RM1,200. Ia merupakan inisiaitif yang diteruskan bertujuan untuk membantu rakyat untuk menghadapi isu kos sara hidup yang semakin meningkat tinggi.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan tunai rm1200 untuk b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : MYSALAM BANTUAN RM700 UNTUK B40 : MOHON SEKARANG

CARA PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RM1200 UNTUK B40

Bantuan tunai sebanyak RM1,200 ini akan dibayar kepada penerima secara berperingkat melalui cara berikut :

  • Pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Pembayaran secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
  • Pengkreditan secara tanpa tunai ke dalam akaun yang dibuka mengikut nombor kad pengenalan penerima.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RM1200 2024

Pembayaran bantuan tunai yang bernilai RM1,200 adalah mengikut tarikh seperti berikut :

  • Tarikh bayaran di Semenanjung Malaysia :
TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
Secara ansur setiap bulan
selama tempoh 12 bulan
pada :
22.01.2024
01.02.2024
01.03.2024
01.04.2024
01.05.2024
01.06.2024
01.07.2024
01.08.2024
01.09.2024
01.10.2024
01.11.2024
01.12.2024
RM1,200 secara ansur
setiap bulan RM100
selama tempoh
12 bulan
  • Tarikh bayaran di Sabah, Sarawak dan Labuan :
TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
Secara ansur selama
dua (2) kali setahun
pada :
19.02.2024
dan
12.08.2024
RM1,200 secara ansur
RM600 dua (2) kali
bayaran

CARA MENGETAHUI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM1200 2024

Penerima yang disahkan layak akan menerima makluman seperti berikut :

  1. Melalui Surat :
    • Surat pemakluman akan dihantar kepada penerima mengikut alamat yang didaftarkan; atau
  2. Melalui SMS :
    • Pesanan SMS akan dihantar kepada nombor penerima yang didaftarkan; atau
  3. Melalui Portal Rasmi :
    • Pemohon boleh membuat semakan di portal rasmi (seperti berikut).

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RM1200 UNTUK B40 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan tunai RM1,200 di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment