BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG
Pelaksanaan bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara one-off (sekaligus) adalah bermula pada 9 Disember 2024, Isnin diberikan secara tunai kepada penerima tiada akaun bank dan secara berperingkat dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.
Bagaimanakah semak bayaran bantuan sara one off bila masuk? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU : SEMAK SEKARANG
TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF
Seperti yang telah dimaklumakan dalam Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), tarikh rasmi bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah bermula pada 9 Disember 2024 dan berperingkat akan dimasukkan ke dalam akaun bank.
CARA BAYARAN | TARIKH |
---|---|
Tunai di Kaunter BSN | 9 Disember 2024 |
Dimasukkan ke dalam akaun bank penerima | Bermula 9 Disember 2024 |
MASA BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF
Berikut merupakan masa bayaran Bantuan SARA yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
*Nota : Bagaimanapun, pembayaran Bantuan SARA yang dimasukkan ke dalam akaun bank penerima akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja dari tarikh tersebut.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF
Jumlah pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Berpasangan ada / tiada anak : RM300;
- Ibu / bapa tunggal ada anak : RM300.
- Bujang :
- Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
- Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.
SEMAK BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF
Untuk mengetahui status serta tarikh bayaran Bantuan SARA yang akan diterima, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.