BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG
Pembayaran Bantuan Tunai STR bagi fasa pertama, kedua dan ketiga telahpun selesai dibayar kepada penerima mengikut jadual dan kini tentunya ramai penerima yang menantikan bilakah bayaran Bantuan Tunai STR fasa terakhir pada tahun ini akan dimasukkan.
Bagaimanakah semak bayaran bantuan tunai str fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 4 : SEMAK STATUS SEKARANG
TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4
Bayaran Bantuan Tunai STR adalah mengikut fasa seperti berikut :
BIL. | TARIKH BAYARAN 2024 | FASA STR |
---|---|---|
1. | 29 Januari 2024 | Fasa Pertama |
2. | 03 April 2024 | Fasa Kedua |
3. | 29 Ogos 2024 | Fasa Ketiga |
4. | 07 November 2024 | Fasa Keempat |
MASA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4
Berikut merupakan jadual masa bayaran Bantuan Tunai STR bagi setiap bank penerima :
BIL. | JENIS BANK PENERIMA | MASA BAYARAN |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional | Selepas 6:00 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8:00 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8:00 malam |
4. | Ambank | Selepas 8:00 malam |
5. | Maybank | Selepas 9:00 malam |
6. | CIMB Bank | Selepas 9:00 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9:00 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10:00 malam |
9. | Lain-lain bank | Selepas 10:00 malam |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4
Setiap kategori penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan Tunai STR fasa keempat (4) yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM200. 1-2 anak : RM350. 3-4 anak : RM500. 5 ke atas : RM700. |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM150. 1-2 anak : RM200. 3-4 anak : RM250. 5 ke atas : RM300. |
Bujang Belia | RM100. |
Bujang Warga Emas | RM150. |
SEMAK BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 BILA MASUK
Untuk mengetahui tarikh rasmi bayaran Bantuan Tunai STR fasa empat (4) yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima, ikuti cara semakan di pautan rasmi berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan ruangan [No. Kad Pengenalan] tanpa tanda sengkang (-).
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik pula pada butang [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa yang dipaparkan betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.