BERITA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : JUMLAH RASMI

BERITA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : JUMLAH RASMI

Secara rasminya di persidangan Dewan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan kepada penerima bagi tahun 2025 adalah dengan jumlah antara RM450 sehingga RM900.

Bagaimanakah Berita Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2025? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : JUMLAH RASMI BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK SEKARANG

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan kepada penerima pada tahun 2025 adalah berjumlah :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BANTUAN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
2025
Isi Rumah
Pendapatan bawah RM2,500
RM900 setahun
Isi Rumah
Pendapatan bawah RM5,000
RM900 setahun
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
2025
Bujang
Umur 60 tahun ke atas
RM450 setahun
Bujang
Umur 21 hingga 59 tahun
RM0

TEMPOH PENYALURAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah pada tahun sebelum ini adalah selama tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember) namun, tempoh penyaluran bagi tahun 2025 pula adalah selama sembilan (9) bulan sahaja iaitu bermula pada April hingga Disember 2025.

SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Untuk mengetahui kelayakan, semakan boleh dilakukan pada pautan rasmi berikut :

PERKARAPAUTAN
Laman Semakan Rasmihttps://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan Laman Semakan Rasmi di atas.
  2. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  3. Masukkan ‘Nombor MyKad*’ tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di Talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment