BILA MASUK BANTUAN SARA ONE OFF RM300 & RM150 2024 : SEMAK TARIKH BAYARAN SEKARANG
Terdapat tiga (3) jenis bayaran Bantuan SARA mengikut kelayakan penerima, iaitu Bantuan SARA dibayar secara ansur setiap bulan sepanjang setahun, secara ansur dua (2) kali setahun dan akhir sekali secara one-off (sekaligus).
Bilakah bantuan sara one off rm300 & rm150 masuk? Dan bagaimanakah semak tarikh bayaran? Ketahui info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : KEMASKINI BANTUAN MYSTR : UPDATE MAKLUMAT TERKINI
APA ITU BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Bantuan SARA adalah merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR dan telah dibayar secara ansur setiap bulan dan ansur dua (2) kali setahun kepada penerima STR yang merupakan kumpulan Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dengan e-Kasih.
Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) pula adalah khusus kepada penerima STR yang BUKAN dari kumpulan Miskin atau Miskin Tegar serta tiada dalam rekod pengkalan data e-Kasih.
BILA MASUK BANTUAN SARA ONE OFF RM300 & RM150 2024
Bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah dijadualkan akan mula dimasukkan ke dalam akaun bank penerima bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dengan nilai sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM150 untuk golongan bujang.
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Bayaran Bantuan SARA secara one-off | 9 Disember 2024, Isnin |
BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 & RM150 2024
Cara bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) yang bernilai RM300 dan RM150 adalah sama seperti pembayaran Bantuan STR iaitu melalui cara :
- Penerima ada akaun bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima.
- Penerima tiada akaun bank / status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Penerima pedalaman Sabah & Sarawak :
- Diberikan secara tunai di kaunter atau dikreditkan ke dalam akaun.
SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF RM300 & RM150 2024
Setiap penerima boleh mengetahui tarikh bayaran Bantuan SARA yang akan diterima melalui semakan di pautan rasmi seperti di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Klik pula pada bahagian [Maklumat Bayaran].
- Jadual bayaran bantuan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.