BONUS PENJAWAT AWAM 2025 : SEMAK KELAYAKAN & TARIKH BAYARAN SEKARANG

BONUS PENJAWAT AWAM 2025 : SEMAK KELAYAKAN & TARIKH BAYARAN SEKARANG

Agar kesejahteraan penjawat awam terus terpelihara, beberapa peruntukan yang khusus kepada penjawat awam telah dibentangkan dalam persidangan Belanjawan 2025 termasuk bonus kepada semua penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Bagaimanakah semak kelayakan dan tarikh bayaran bonus penjawat awam? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : RINGKASAN BELANJAWAN 2025 PDF : DOWNLOAD / MUAT TURUN SEKARANG

KELAYAKAN BONUS PENJAWAT AWAM

Antara penjawat awam yang layak menerima Bonus / Bantuan Khas Kewangan (BKK2025) adalah :

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah;
  • Lantikan Kontrak;
  • Pesara Kerajaan Berpencen;
  • Pesara Kerajaan Tidak Berpencen.

KADAR BONUS PENJAWAT AWAM

Dalam Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bonus / Bantuan Khas Kewangan (BKK 2025) kepada semua penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta pesara kerajaan dengan kadar sebanyak RM250 dan RM500.

PENJAWAT AWAMKADAR BONUS 2025
Gred 56 dan Ke BawahRM500
Lantikan KontrakRM500
Pesara Kerajaan
Berpencen
RM250
Pesara Kerajaan
Tidak Berpencen
RM250

TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM

Berdasarkan kenyataan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Bonus ini akan dibayar kepada Penjawat Awam pada bulan Februari dan lazimnya ia bersekali dengan tarikh pembayaran gaji penjawatan awam yang bertarikh pada 25 Februari 2025.

PERKARATARIKH
BAYARAN BONUS
PENJAWAT AWAM
25 Februari 2025
*Bagaimanapun tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dna akan dikemaskini kembali apabila diumumkan secara rasmi.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/ub25.pdf.

Leave a Comment