BONUS RAYA PENJAWAT AWAM 2025 : SEMAK STATUS TERIMA BONUS RM1,000 & RM1,500
Bonus Raya Penjawat Awam merupakan bantuan kewangan tahunan yang dinanti-nantikan, terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Ia diberikan sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap khidmat bakti penjawat awam serta bertujuan meringankan beban persiapan perayaan dan merangsang ekonomi domestik.
Setiap tahun, penjawat awam sering ingin mengetahui jumlah bayaran bonus dan tarikh pembayaran.
Oleh itu, mengikuti perkembangan terkini mengenai Bonus Raya serta syarat kelayakan amat penting bagi memastikan mereka mendapat manfaat yang sewajarnya.
BACA JUGA DI SINI : CARA MOHON PENGELUARAN KWSP 2025 : PERMOHONAN PENGELUARAN SECARA ONLINE
BONUS RAYA PENJAWAT AWAM 2025
Kerajaan negeri dan persekutuan biasanya mengumumkan bantuan khas ini sebulan sebelum Aidilfitri. Contohnya, baru-baru ini, kerajaan Pahang dan kerajaan Perak telah mengumumkan bantuan RM1,000 dan RM1,500 kepada penjawat awam negeri masing-masing.
Selain itu, negeri lain juga dijangka mengikut langkah yang sama dengan jumlah bantuan berbeza.
Pastikan anda mengikuti perkembangan terkini untuk mengetahui tarikh rasmi pembayaran bonus raya bagi tahun ini.
JUMLAH BAYARAN BONUS RAYA SEBELUM INI
Pada tahun-tahun sebelum ini, kerajaan telah memperuntukkan bantuan khas kepada penjawat awam dengan kadar yang berbeza-beza bergantung kepada keadaan ekonomi negara.
Bayaran biasanya dibuat beberapa minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi membantu persiapan perayaan.
Berikut adalah anggaran jumlah bayaran berdasarkan tahun-tahun sebelumnya:
- Penjawat awam: RM500 hingga RM1,000
- Pesara kerajaan: RM250 hingga RM500
Tarikh pembayaran juga bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan. Biasanya, bayaran akan dibuat antara satu hingga dua minggu sebelum Hari Raya bagi memastikan penerima dapat menggunakannya bagi keperluan perayaan.
TARIKH BAYARAN BONUS RAYA 2025
Berikut adalah jadual pembayaran bonus raya penjawat awam berdasarkan rekod beberapa tahun terakhir:
- 2025 : Seminggu sebelum Aidilfitri (Anggaran)
- 2024 : Awal April
- 2023 : Akhir Mac
- 2022 : Awal April
SYARAT LAYAK TERIMA BONUS PENJAWAT AWAM 2025
Bagi memastikan penerima layak mendapat bonus ini, kerajaan biasanya menetapkan beberapa syarat kelayakan, antaranya:
- Merupakan penjawat awam tetap atau kontrak yang masih berkhidmat pada tarikh pembayaran
- Pesara kerajaan yang menerima pencen
- Telah berkhidmat dalam tempoh minimum yang ditetapkan
- Tidak dalam tindakan tatatertib yang berat
- Maklumat rasmi mengenai kelayakan akan diumumkan oleh kerajaan dalam pekeliling rasmi sebelum bayaran dibuat.
BONUS RAYA 2025 PENJAWAT AWAM PAHANG
Bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang.
Keputusan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) dan pembayaran akan dibuat seminggu sebelum Aidilfitri. Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan beban penjawat awam dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri.
Inisiatif ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM8 juta.
BONUS RAYA 2025 PENJAWAT AWAM PERAK
Penjawat awam di Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM1,500 yang akan dibayar pada 24 Mac.
Inisiatif ini melibatkan lebih 13,000 penerima, termasuk ketua kampung, guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, serta pekerja sambilan harian
Penjawat awam persekutuan dan persara kerajaan belum umum lg bantuan Bkk 2025 raya aidil fitri