BORANG KEMASKINI STR 2025 : SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN FASA 1
Pelaksanaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan pada tahun 2025 yang akan dilaksanakan sama seperti tahun-tahun sebelum ini yang secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa keseluruhan.
Kesemua penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sedia ada disarankan untuk membuat kemaskini maklumat yang terkini bagi mengelakkan penerima daripada berstatus ‘Tidak Lulus’.
Bagaimanakah kemaskini borang str? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA MASUK SARA ONE OFF RM300 : TARIKH RASMI TELAH DIUMUMKAN
OBJEKTIF PENYALURAN STR 2025
Antara objektif utama penyaluran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah untuk :
- Meringankan kos sara hidup golongan yang berpendapatan rendah (B40) dan yang berpendapatan sederhana (M40) yang mudah terkesan dengan kenaikka harga barang dan inflasi;
- Menyokong kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia, terutama golongan rendah, ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU);
- Mengurangkan bebanan kewangan isi rumah khususnya bagi keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai.
PENGENALAN STR 2025
Berikut merupakan pengenalan utama Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Jumlah Bantuan :
- Jumlah Bantuan STR akan diberikan berbeza bergantung kepada jumlah pendapatan bulanan penerima dan mengikut bilangan tanggungan.
- Kelayakan Penerima :
- Setiap penerima haruslah Warganegara Malaysia dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi isi rumah, warga emas dan bujang.
- Kaedah Pembayaran :
- Sama seperti sebelum ini juga, bayaran Bantuan STR adalah secara terus ke dalam akaun bank penerima atau penerima boleh menuntut wang di kaunter cawangan bank atau kaunter perkhidmatan yang dilantik.
- Tarikh Pembayaran :
- Pembayaran Bantuan STR 2025 akan dibuat secara berkala sepanjang tahun melalui empat (4) fasa keseluruhan.
TARIKH KEMASKINI STR 2025 FASA 1
Semua penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sedia ada disarankan untuk membuat kemaskini maklumat terkini untuk penerimaan fasa pertama (1) bermula 19 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024 (Jam 5 Petang) sahaja dan akan dibuka semula untuk penerimaan fasa kedua (2).
KATEGORI KELAYAKAN STR 2025
Berikut merupakan kategori kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 :
- Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500 hingga RM5,000;
- Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan Bawah RM5,000;
- Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 dan Bukan Pelajar Sepenuh Masa IPT;
- Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Berpendapatan rendah.
BORANG KEMASKINI STR 2025
Sila muat turun borang kemaskini Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di bawah :
CARA KEMASKINI STR 2025
Untuk kemaskini permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online, ikuti panduan di bawah :
- Sila layari laman STR rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Kemas Kini Permohonan].
- Maklumat pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat yang telah diisi.
- Kemas kini maklumat berikut (sekiranya terdapat perubahan atau pertambahan) :
- Nombor Telefon;
- Pilihan Pekerjaan;
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah (pemohon & pasangan);
- Pilihan status perkahwinan :
- Kahwin / Cerai / Kematian pasangan / Bujang;
- Sekiranya pilihan status perkahwinan seperti berikut :
- Bujang kepada Kahwin : Masukkan tarikh perkahwinan;
- Kahwin kepada Cerai : Masukkan tarikh perceraian;
- Kematian pasangan : Masukkan tarikh kematian pasangan.
- Alamat surat menyurat yang terkini;
- Maklumat Perbankan yang masih aktif dengan memasukkan nombor akaun bank;
- Alamat e-mel yang terkini.
- Seterusnya, kemas kini maklumat pasangan yang terkini sekiranya ada*.
- Sekiranya terdapat pertambahan bilangan anak, masukkan segala Maklumat Anak yang diperlukan*.
- Isikan Maklumat Waris dan pilih hubungan dengan penama waris tersebut*.
- Setelah segala maklumat diisi dengan lengkap, klik butang [Teruskan].
- Masukkan Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan.
- Pastikan segala maklumat yang dipaparkan adalah betul.
- Tick [/] pada Perakuan Pemohon tersebut.
- Akhir sekali, klik butang [Hantar].
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.