BAYARAN SARA ONE OFF RM150 (2024 SEMAKAN STATUS PENERIMA)

BAYARAN SARA ONE OFF RM150 (2024 SEMAKAN STATUS PENERIMA)

Berdasarkan rekod data yang terkini, daripada 8 juta penerima hanya 4.5 juta sahaja yang akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) yang berjumlah RM150 pada awal bulan Disember ini.

Bagaimanakah semakan status sara one off RM150? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BORANG KEMASKINI STR : SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN  FASA 1

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus) akan dilaksanakan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dan akan dikreditkan secara berperingkat selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

KELAYAKAN PENERIMA SARA ONE OFF RM150

Hanya individu yang menetapi kriteria kelayakan seperti berikut akan layak menerima Bantuan SARA yang berjumlah RM150 secara one-off (sekaligus), antara kelayakan yang ditetapkan adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu berstatus bujang / balu / janda / duda tiada anak;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun atau 60 tahun dan ke atas;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan.

KAEDAH PENERIMAAN BAYARAN SARA ONE OFF

Kaedah penerimaan bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah ditentukan mengikut jenis penerima seperti berikut :

  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  • Penerima Berstatus ‘Gagal Kredit’ :
    • Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF RM150

Untuk megetahui status sebagai penerima bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM150, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment