BORANG PERMOHONAN GERAN PERNIAGAAN JKM 2025 RM2700 : MUAT TURUN SECARA ONLINE
Bantuan Modal Perniagaan sebanyak RM2,700 adalah inisiatif sekali bayar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu golongan yang ingin memulakan perniagaan kecil.
Ia bertujuan meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kemiskinan melalui keusahawanan mikro seperti jualan makanan, pakaian, kraftangan, dan perkhidmatan.
Bantuan ini memberi peluang kepada penerima untuk berdikari secara kewangan dan memperkasa komuniti setempat. Maklumat lanjut dan cara permohonan boleh didapati melalui saluran rasmi JKM atau pusat kebajikan berdekatan.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN BARANG DAPUR 2025 – SEMAKAN KELAYAKAN DAN CARA TEBUS
MANFAAT BANTUAN PERNIAGAAN JKM 2025
- Mendorong penerima bantuan JKM untuk membina kehidupan yang lebih berdikari melalui inisiatif keusahawanan.
- Menyediakan dana permulaan bagi memulakan perniagaan kecil seperti perniagaan makanan, jahitan, perkhidmatan domestik, dan pelbagai lagi bidang lain yang bersesuaian.
- Membantu golongan sasar meningkatkan daya saing dalam ekonomi gig serta memperkukuh keupayaan dalam sektor keusahawanan mikro.
- Memberikan ruang dan peluang kepada individu berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan secara sah dan berterusan, seterusnya meningkatkan taraf hidup.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON GERAN BANTUAN PERNIAGAAN JKM 2025
Syarat Permohonan Bantuan Modal Perniagaan RM2,700 (2025):
- Warganegara Malaysia
- Tergolong dalam kumpulan sasar JKM (contohnya: OKU, ibu tunggal, gelandangan, warga emas dan lain-lain)
- Pendapatan isi rumah berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
- Mempunyai minat serta kemampuan untuk menjalankan perniagaan atau aktiviti produktif
- Perlu mengemukakan kertas cadangan projek lengkap berserta anggaran bajet
CARA MOHON BANTUAN GERAN PERNIAGAAN RM2700 ONE OFF
Permohonan Secara Dalam Talian
- Layari laman rasmi: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Klik “Daftar Permohonan Baru”
- Lengkapkan borang dan muat naik dokumen yang diperlukan
- Hantar permohonan
Permohonan Secara Manual
- Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran
- Bawa dokumen sokongan dan isi borang secara fizikal
- Pegawai JKM akan membuat semakan dan lawatan ke rumah (jika perlu)
BORANG PERMOHONAN GERAN PERNIAGAAN JKM 2025 RM2700
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN
Dokumen Sokongan Permohonan Bantuan Modal Perniagaan RM2,700:
- Salinan MyKad – Untuk pengesahan identiti pemohon
- Sijil Lahir/MyKid ahli keluarga – Sebagai bukti tanggungan keluarga
- Penyata Pendapatan – Jika bekerja sendiri, pengesahan boleh diperoleh daripada ketua kampung atau majikan
- Bil Utiliti Terkini – Untuk pengesahan alamat tempat tinggal
- Kertas Cadangan Projek – Perlu mengandungi jenis perniagaan, anggaran bajet dan senarai peralatan diperlukan
- Dokumen Tambahan (jika berkaitan) – Contohnya surat cerai, sijil kematian pasangan, kad OKU dan lain-lain dokumen sokongan
CONTOH KERTAS CADANGAN
KRITERIA SEMAKAN UNTUK MENDAPAT KELULUSAN
Berikut kriteria pemohonon yang perlu di ambil oleh pemohon untuk memastikan proses permohonan lancer bagi memperoleh kelulusan daripada pihak JKM.
- Sediakan Kertas Cadangan Yang Jelas
- Tunjukkan bahawa anda serius mahu berniaga. Terangkan jenis produk/servis, sasaran pelanggan, anggaran kos, dan jangkaan keuntungan.
- Pilih Bisnes Yang Realistik
- Pilih jenis perniagaan yang tidak memerlukan modal besar, boleh dijalankan dari rumah dan mudah dikendalikan sendiri.
- Lengkapkan Semua Dokumen
- Permohonan yang tidak lengkap atau tiada dokumen sokongan akan ditolak serta-merta.
- Hadir Temuduga Jika Diminta
- JKM mungkin memanggil anda untuk temu bual atau membuat lawatan rumah. Tunjukkan kesungguhan anda untuk berdikari.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PERNIAGAAN ONE OFF RM2700 2025
- Permohonan bantuan dibuka sepanjang tahun 2025.
- Penghantaran permohonan di buka sepanjang tahun.
- Lawatan & Penilaian dalam 2 minggu selepas permohonan
- Keputusan Permohonan 1-2 bulan selepas proses penilaian selesai
- Bantuan Disalurkan sekali bayaran RM2,700 terus kepada pemohon
JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK UNTUK MEMOHON
- Jualan makanan dari rumah (Anggaran modal RM1,500 – RM2,000)
- Jahitan baju / tudung (Anggaran modal RM2,500)
- Servis gunting rambut / grooming (Anggaran modal RM2,000)
- Jualan kuih tradisional (Anggaran modal RM1,800)
- Mencuci pakaian (dobi kecil-kecilan) (Anggaran modal RM2,700)
TALIAN BANTUAN
eBantuan JKM (Permohonan Online): https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
Portal Rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my
Talian Bantuan JKM: 03-8000 8000
KESIMPULAN
Bantuan Modal Perniagaan RM2,700 daripada JKM merupakan peluang keemasan untuk memulakan perniagaan tanpa meminjam. Jika anda serius mahu menjana pendapatan sendiri dan keluar daripada kemiskinan, inilah masa terbaik untuk bertindak.
Lengkapkan dokumen, sediakan perancangan yang kukuh dan mohon sekarang melalui:
https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
PENAFIAN
Maklumat mengenai Bantuan Modal Perniagaan JKM sebanyak RM2,700 yang dikongsikan di laman ini adalah berdasarkan sumber rasmi dan maklumat umum yang tersedia untuk rujukan orang ramai. Namun begitu, sekiranya terdapat sebarang keraguan, kekeliruan, atau ketidakpastian terhadap ketulenan berita ini, para pelayar dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan terus daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau melalui laman web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kami tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan dan tidak pernah meminta sebarang bayaran atau maklumat peribadi daripada pengguna. Segala maklumat yang dikongsi adalah untuk tujuan penyebaran informasi sahaja dan bukan untuk sebarang urusan rasmi. Untuk maklumat yang sahih dan terkini, sila rujuk terus kepada saluran komunikasi rasmi JKM.