BUKA AKAUN CIMB ONLINE 2024 : CARA

BUKA AKAUN CIMB ONLINE 2024 : CARA

Apa yang menarik berkaitan bank CIMB adalah individu yang ingin membuka akaun boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja tanpa perlu menghadirkan diri ke mana-mana cawangan CIMB untuk proses pendaftaran dan yang lebih menariknya lagi tiada sebarang yuran tahunan yang dikenakan untuk kad CIMB Octo Debit Mastercard.

Bagaimanakah cara buka akaun CIMB online? Ikuti panduan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TERKINI PENGELUARAN KWSP MELALUI AKAUN 3 DIBENARKAN : RUJUK CARA PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG

PENGENALAN AKAUN CIMB ONLINE

Pihak CIMB telah memperkenalkan akaun digital CIMB iaitu CIMB OctoSavers Saving Account-i yang memudahkan pelanggan untuk membuka akaun simpanan secara atas talian sahaja pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja berada tanpa perlu ke cawangan CIMB.

FAEDAH DAN GANJARAN AKAUN CIMB ONLINE

Individu yang membuka akaun CIMB secara online akan menerima pelbagai faedah dan ganjaran menarik seperti berikut :

  1. Tiada yuran tahunan bagi kad CIMB Octo Debit Mastercard;
  2. Nikmati 0.3% P.a. kadar keuntungan bagi baki akaun RM3,000 dan ke atas;
  3. Permohonan yang mudah dalam talian segera dan lengkap melalui telefon bimbit anda;
  4. Penghantaran terus ke depan pintu anda bagi Kad Debit Octo baharu tanpa sebarang kos;
  5. Perbankan Dalam Talian dengan CIMB Clicks;
  6. Kumpul kedua-dua mata CIMB Bonus Points dan OctobPoints untuk menebus eVoucher dan pelbagai hadiah menarik; dan
  7. Tawaran menarik sekiranya anda menempat tiket penerbangan dan hotel dengan CIMB Octo Debit Mastercard melalui CIMB OctoTravel App.

SYARAT KELAYAKAN BUKA AKAUN CIMB

Individu yang ingin membuka akaun CIMB secara atas talian (online) haruslah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dengan MyKad sahaja;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Akaun bersama, amanah kecil (minor trust) dan akaun kecil (minor account) tidak dibenarkan;
  • Memegang nombor telefon bimbit berdaftar Malaysia dan alamat e-mel yang sah;
  • Setiap pelanggan hanya boleh memohon satu (1) Akaun OctoSavers-i;
  • TIDAK boleh mempunyai sebarang Akaun Semasa dan/atau Simpanan Asas/-i dengan CIMB; dan
  • Deposit permulaan minimum RM20 melalui pindahan FPX dari akaun bank anda yang lain (di bawah nama peribadi anda sahaja).

*Nota : Untuk pelanggan Asas dan/atau Akaun Simpanan/-i, hanya boleh memohon untuk Akaun Simpanan lain yang tersedia dalam CIMB Clicks.

CARA BUKA AKAUN CIMB ONLINE

Ikuti cara-cara membuka akaun CIMB secara online seperti berikut :

  1. Sila muat turun aplikasi CIMB Apply (melalui Apps Store / Google Play) dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian pada halaman aplikasi CIMB, sila klik pada [Open a New Account].
  3. Sila lengkapkan butiran peribadi anda.
  4. Imbas kad pengenalan anda.
  5. Seterusnya, aktifkan fungsi pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti anda.
  6. Kemudian, lengkap borang e-form untuk pembukaan akaun baru.
  7. Lakukan pemindahan wang deposit minima RM20 daripada akaun peribadi anda dari bank lain.
  8. Cipta ID pengguna CIMB Clicks anda.
  9. Sila log masuk ke CIMB Cliks dengan ID yang berjaya didaftarkan.
  10. Klik [Yes, activate now] pada skrin yang tertera atau pergi ke [My Account] di bawah [Current / Savings] dan klik [Activate Card].
  11. Masukkan nombor 16 digit Kad Debit Octo.
  12. Ciptakan nombor PIN Kad Debit 6-digit anda dan masukkan semula nombor PIN tersebut.
  13. Minta dan masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi CIMB Bank. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Pusat Panggilan Pengguna : +603 6204 7788 (Beroperasi 24 jam)

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.cimb.com.my/bm/personal/day-to-day-banking/accounts/other-information/fully-online-account-opening.html.

Leave a Comment