TERKINI PENGELUARAN KWSP MELALUI AKAUN 3 DIBENARKAN 2024 : RUJUK CARA PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG

TERKINI PENGELUARAN KWSP MELALUI AKAUN 3 DIBENARKAN 2024 : RUJUK CARA PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa ahli yang berkelayakan dibenarkan untuk membuat pengeluaran melalui akaun 3. Ia adalah kerana KWSP telah menstruktur semula akaun KWSP ahli kepada tiga (3) akaun iaitu Pesaraan, Sejahtera dan Fleksibel.

Bagaimanakah pengeluaran kwsp melalui akun 3 dibenarkan 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI BULANAN MADANI : CHECK NAMA PENERIMA

TUJUAN PENGELUARAN KWSP MELALUI AKAUN 3 DIBENARKAN 2024

Pihak KWSP telah membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran adalah bertujuan untuk :

  1. Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
  2. Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
  3. Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
  4. Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

PERATUSAN PENGELUARAN KWSP MELALUI AKAUN 3 DIBENARKAN 2024

Ahli hanya dibenarkan membuat pindahan daripada akaun 2 ke dalam akaun 3 sebanyak 10% sahaja dan had minimum pengeluaran adalah RM50 sehari. Manakala, had maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM250 sehari. Namun, sekiranya ahli ingin membuat pengeluaran melebihi had yang sepatutnya, ahli perlu membuat e-KYC akaun 3.

TEMPOH PENGELUARAN KWSP MELALUI AKAUN 3 2024

Ahli perlu menunggu tempoh kelulusan untuk pindahan dan pengeluaran akaun 3 seperti berikut :

PERKARATEMPOH
Pindahan ke dalam akaun 3Tiga (3) hingga lima (5)
hari bekerja
Kelulusan permohonan pengeluaranTujuh (7) hari bekerja

KAEDAH PENGELUARAN KWSP MELALUI AKAUN 3

Bagi pengeluaran KWSP akaun 3 adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Namun, ahli perlu memastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi supaya pengeluaran diluluskan :

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama / syarikat).

*Nota : Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan pengeluaran akaun 3 KWSP.

TERKINI PENGELUARAN KWSP MELALUI AKAUN 3 DIBENARKAN 2024

Sekira ahli telah membuat pindah ke akaun 3, ahli dibenarkan membuat permohonan pengeluaran seperti berikut :

  1. Sila Log Masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
  2. Pilih menu ‘Pengeluaran’ dan klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  3. Seterusnya, klik pada [Akaun Fleksibel].
  4. Pilih butang [Keluar Sekarang].
  5. Masukkan jumlah pengeluaran dan klik pada butang [Teruskan].
  6. Kemudian, kemaskini akaun bank yang aktif.
  7. Klik pada butang [Teruskan].
  8. Seterusnya, klik pada butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
  9. Masukkan nombor TAC yang dihantar oleh KWSP.
  10. Klik untuk sahkan pengeluaran.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ dan tunggu kelulusan permohonan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment