CARA DAFTAR BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG

CARA DAFTAR BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG

Ramai antara rakyat Malaysia yang beragama Islam bakal menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Namun, mungkin ada diantaranya yang kurang kemampuan terutamanya yang mempunyai anak yang juga memerlukan persiapan untuk pembukaan sekolah. Oleh itu bantuan ini akan diagihkan pada awal ramadhan.

Bagaimanakah cara daftar bantuan awal ramadhan rm500? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TERKINI : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 SECARA ONE OFF : CHECK STATUS SEKARANG

KADAR BANTUAN AWAL RAMADHAN

Berikut merupakan kadar Bantuan Awal Ramadhan yang bakal disalurkan kepada penerima yang layak :

KADAR BANTUAN AWAL RAMADHAN
RM500 disalurkan secara sekaligus

TUJUAN BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024

Bantuan Awal Ramadhan disalurkan adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menyambut bulan Ramadhan untuk membeli barangan dapur / makanan khasnya untuk berbuka dan bersahur.

TARIKH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024

Bantuan Awal Ramadhan yang bernilai RM500 bakal dikreditkan seperti tarikh berikut :

TARIKH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN
Dikreditkan bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445H
secara berperingkat.

SYARAT DAFTAR BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sekiranya hendak mendaftar :

  • Beragama islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

CARA DAFTAR BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024

Untuk pendaftaran, pemohon perlu hadirkan diri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal atau boleh terus atas talian melalui laman web seperti berikut :

  1. Sila layari laman web MAIWP di sini : https://www.maiwp.gov.my/.
  2. Kemudian klik pada [Bantuan Zakat].
  3. Pilih salah satu bantuan yang ingin dipohon.
  4. Muat turun borang permohonan.
  5. Isikan dan lengkapkan borang permohonan.
  6. Hantar ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat : Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

Leave a Comment