TERKINI : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 SECARA ONE OFF : CHECK STATUS SEKARANG

TERKINI : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 SECARA ONE OFF : CHECK STATUS SEKARANG

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal memasuki bulan Ramadhan yang mulai. Mungkin ramai diantara rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk menyambut bulan Ramadhan yang dalam masa yang sama perlu membuat persiapan persekolahan anak. Justeru, Bantuan Awal Ramadhan diperkenalkan untuk meringankan bebanan hidup rakyat.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan awal ramadhan rm500 2024 secara one off? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAMADHAN : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN AWAL RAMADHAN

Bantuan Awal Ramadhan ialah salah satu inisiatif untuk membantu rakyat yang kurang kemampuan untuk menyambut bulan Ramadhan yang disalurkan sebanyak RM500 secara one-off (sekaligus) untuk membeli barangan dapur dan makanan.

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 SECARA ONE OFF

Penerima yang layak akan menerima Bantuan Awal Ramadhan sebanyak RM500 secara one-off (sekaligus) bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445H secara berperingkat mengikut kelayakan penerima.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 SECARA ONE 0FF

Kelayakan penerima Bantuan Ramadhan adalah tertakluk kepada yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

TERKINI : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 SECARA ONE OFF

Ikuti cara semakan penerima yang layak untuk Bantuan Awal Ramadhan yang disalurkan sebanyak RM500 secara one off pada tahun 2024 seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi MAIWP; atau klik pautan di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
  2. Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
  3. Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  5. Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
  6. Klik pada butang [Sign in].
  7. Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
  8. Status semasa pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat : Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

5 thoughts on “TERKINI : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 SECARA ONE OFF : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment