CARA DAFTAR PADU UNTUK TERIMA BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA 2024 : MOHON SEKARANG

CARA DAFTAR PADU UNTUK TERIMA BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA 2024 : MOHON SEKARANG

Seiring dengan kecanggihan teknologi masa kini, Kerajaan telah melancarkan PADU iaitu sistem Pengkalan Data Utama yang bermula pada 2 Januari 2024. Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar PADU untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem ini.

Bagaimanakah cara daftar padu untuk terima bantuan kerajaan malaysia? Ikuti panduan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI : SEMAK SEKARANG

PENGENALAN PADU 2024

PADU atau rasminya sistem Pengkalan Data Utama yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial.

TEMPOH DAFTAR PADU UNTUK TERIMA BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA 2024

Kerajaan telah mengumumkan pendaftaran PADU mempunyai tempoh tertentu iaitu pada :

TEMPOH DAFTAR PADU UNTUK
TERIMA BANTUAN KERAJAAN
MALAYSIA 2024
03 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024

OBJEKTIF DAN MATLAMAT DAFTAR PADU UNTUK TERIMA BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA 2024

Berikut merupakan objektif dan matlamat pendaftar PADU :

  • Objektif :
    • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
    • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
    • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
  • Matlamat :
    • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
    • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
    • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
    • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

KEBERHASILAN PELAKSANAAN SISTEM PADU 2024

Berikut merupakan keberhasilan yang diperkatakan oleh Kerajaan terhadap pelaksanaan sistem PADU :

  1. Meningkatkan Kecekapan Pengurusan : PADU memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.
  2. Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan : PADU membolehkan Kerajaan menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat.
  3. Pemantauan dan Penilaian Yang Tuntas : PADU membolehkan pemantauan dan penilaian yang berkesan terhadap pelaksanaan dasar negara.
  4. Penjimatan Sumber : Pengkalan data yang berintegrasi dan berpusat mampu menjimatkan sumber secara signifikan.

CARA DAFTAR PADU UNTUK TERIMA BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA 2024

Pendaftaran PADU boleh dilakukan secara atas talian (online) atau secara manual di kaunter pendaftaran. Ikuti cara-cara pendaftaran PADU secara atas talian dan manual di bawah :

  • DAFTAR PADU SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) :
  1. Sila layari Portal Rasmi PADU di sini : https://www.padu.gov.my/?fbclid=IwAR08hUPPv8CLNbiHhvXbxuKN-v17ZQJtDQ4a6mJQg5cJSF8Ds52aHWT4sec.
  2. Pada halama utama PADU, sila klik pada [DAFTAR SEKARANG].
  3. Isikan Maklumat Asas seperti ‘Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Poskod dan E-Mel’ dan klik pada butang [Seterusnya].
  4. Masukkan kod One-Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS / alamat e-mel yang telah didaftarkan.
  5. Isikan Kata Laluan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
  6. Setelah selesai, imbas kos QR yang dipamerkan untuk membuat pengesahan identiti (e-KYC) bagi menyempurnakan pendaftaran akaun.
  7. Sila [Log Masuk] untuk mengemaskini maklumat. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  8. Ambil gambar Kad Pengenalan (depan & belakang).
  9. Kemudian, ambil gambar swafoto anda.
  10. Setelah berjaya mendaftar, anda akan menerima notifikasi melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
  11. Selesai.
  • DAFTAR PADU SECARA MANUAL DI KAUNTER PENDAFTARAN :
  1. Anda hendaklah menghadirkan diri di Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK / PBT / Pusat Ekonomi Digital / Pusat Internet Desa / Premis agensi Kerajaan Persekutuan / Negeri.
  2. Perlu membawa dokumen seperti :
    • Kad Pengenalan diri dan Salinan Kad pengenalan;
    • Maklumat Bank;
    • Sijil Pendidikan tertinggi dan Salinan;
    • Maklumat pekerjaan;
    • Maklumat pendapatan;
    • Maklumat Komitmen.
  3. Pastikan anda menerima OPT SMS / e-mel pengesahan pendaftaran dan perakuan maklumat profil.
  4. Anda boleh menggunakan paparan ‘Lupa Kata Laluan’ untuk menetapkan kata laluan bagi mengakses maklumat di Portal awam PADU.
  5. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADU. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • MyGCC : 1-800-88-7720 (8.00 pagi hingga 6.00 petang)
  • Jabatan Perangkaan Malaysia : 1-800-88-7721 (7.30 pagi hingga 10.00 malam)
  • Aduan secara online melalui SiSPAA : https://padu.spab.gov.my (24 jam setiap hari)

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://padu.gov.my/.

2 thoughts on “CARA DAFTAR PADU UNTUK TERIMA BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA 2024 : MOHON SEKARANG”

Leave a Comment