CARA MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1800 TERBARU 2024 : MOHON SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1800 TERBARU 2024 : MOHON SEKARANG

Dengan hanya menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) sahaja, setiap keluarga yang melepasi berkelayakan dan lulus permohonan akan menerima bantuan dalam MyKad dan terus boleh membuat pembelian barang keperluan dapur berjumlah sehingga RM1,800 setahun.

Bagaimanakah cara memohon bantuan keperluan barang dapur dalam mykad rm1800 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET MADANI B40 RM450 TERBARU : SEMAK STATUS SEKARANG

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KEPERLUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD 2024

Permohonan perlu dibuat pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

  • 01/11/2023 hingga 30/11/2023;
  • 01/12/2023 hingga 29/02/2024;
  • 01/03/2024 hingga 30/06/2024;
  • 01/07/2024 hingga 30/09/2024.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN KEPERLUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD 2024

Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Keperluan Barang Dapur Dalam MyKad adalah :

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia;
  • Lahir atau menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan di bawah garis PGK semasa (mengikut negeri);
  • Merupakan penerima Bantuan Tunai Rahmah 2024; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1800 TERBARU 2024

Ikuti panduan cara memohon Bantuan Keperluan Barang Dapur Dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

*Nota : Setelah permohonan dibuat, pemohon perlu mendaftar e-Kasih dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau menerusi talian e-Kasih mengikut negeri.

SENARAI KEPERLUAN BARANG DAPUR BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN DALAM MYKAD

Terdapat 10 jenis barangan keperluan dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Dalam MyKad, antaranya ialah :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di Talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 ATAU https://mykasih.com.my/contact-us/.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment