CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG
Sebagai bantuan subsidi bersasar, bantuan tunai RM100 yang disalurkan ke dalam Mykad akan disalurkan setiap bulan. Mengikut peruntukan oleh Kerajaan, bantuan ini telah ditambahbaik dan dinaikkan kadar sehingga lima kali ganda berbanding tahun sebelum ini.
Bagaimanakah cara memohon bantuan mykad rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000 : MOHON SEKARANG
KADAR PERUNTUKAN BANTUAN MYKAD 2024
Peruntukan bagi tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024
Kerajaan telah mengjadualkan tarikh pengkreditan bantuan ke dalam Mykad penerima seperti berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH |
---|---|---|
1. | Januari 2024 | RM100 |
2. | Februari 2024 | RM100 |
3. | Mac 2024 | RM100 |
4. | April 2024 | RM100 |
5. | Mei 2024 | RM100 |
6. | Jun 2024 | RM100 |
7. | Julai 2024 | RM100 |
8. | Ogos 2024 | RM100 |
9. | September 2024 | RM100 |
10. | Oktober 2024 | RM100 |
11. | November 2024 | RM100 |
12. | Disember 2024 | RM100 |
KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024
Untuk memohon bantuan RM100 setiap bulan dalam Mykad, pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024
Untuk makluman, tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih yang hanya lulus STR 2024. Justeru, pemohon perlu memohon STR terlebih dahulu dan mendaftar dengan e-Kasih. Ikuti cara permohonan STR di bawah :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
- Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Pemohon hendaklah menyertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut :
- Pemohon :
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
- Pasangan :
- Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama
- Anak :
- Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- Email : [email protected]
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.