SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA DIRI RM100 APRIL 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA DIRI RM100 APRIL 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Kos sara diri di Malaysia mungkin semakin tinggi dan menyebabkan rakyat terasa terbeban. Oleh yang demikian, Bantuan Sara Diri diwujudkan untuk membantu rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Bantuan ini disalurkan pada bulan April berjumlah RM100.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara diri RM100 April? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN : DAFTAR SEKARANG

APA ITU BANTUAN SARA DIRI RM100

Bantuan Sara Diri telah diperkenalkan sejak tahun lalu melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan untuk menampung perbelanjaan keperluan asas setiap bulan. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan hidup rakyat.

BILAKAH TARIKH PENYALURAN BANTUAN SARA DIRI RM100 APRIL 2024

Tarikh penyaluran Bantuan Sara Diri bagi bulan April telahpun diumumkan yang bermula pada 1 April 2024 (Isnin) secara berperingkat. Bantuan ini akan disalurkan menerusi akaun kad pengenalan penerima sebanyak RM100 sahaja bagi bulan April.

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA DIRI RM100 APRIL 2024

Penyaluran Bantuan Sara Diri adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Status berkahwin atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Beralamat dan menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
  • Berdaftar sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar e-Kasih.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA DIRI RM100 APRIL 2024

Bagaimanapun, semakan penerima Bantuan Sara Diri bagi bulan April boleh disemak melalui laman rasmi semakan di bawah :

PAUTAN RASMI SEMAKAN BANTUAN SARA DIRI
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan bantuan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment