CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

Penambahbaikan pemberian Bantuan MyKasih oleh Kerajaan adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah dan memerlukan. Bantuan tunai ini akan memanfaatkan seramai 700,000 rakyat Malaysia sebanyak RM100 setiap bulan.

Bagaimanakah cara memohon bantuan mykasih rm100 sebulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 300 MYKAD : CHECK SEKARANG

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN

Kerajaan akan melaksanakan pemberian bantuan MyKasih sebanyak RM100 sebulan seperti berikut :

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH
Bantuan RM100 akan disalurkan menerusi Kad Pengenalan
penerima setiap bulan selama tempoh setahun.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2024

Pelaksanaan Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 sebulan telah mula dilaksanakan mengikut tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Pelaksanaan Bantuan
MyKasih RM100 sebulan.
Bermula 22 Januari 2024
(setiap bulan) sehingga
1 Disember 2024
*Sah sehingga 31 Disember 2024.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2024

Pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah akan dipertimbangkan oleh Kerajaan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Berkeluarga (mempunyai anak / tiada) atau Ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Penerima atau berstatus lulus Sumbangan Tunai Rahmah; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2024

Untuk memohon Bantuan MyKasih RM100 sebulan, pemohon perlu membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan perlu mendaftar dengan e-Kasih. Berikut merupakan cara-cara untuk memohon :

PERKARAPAUTAN
Permohonan Bantuan
RM100 sebulan
https://bantuantunai.hasil.gov.my/#
  1. Sila klik pautan permohonan di atas.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

TALIAN MEMOHON

Pemohon juga perlu membuat pendaftaran melalui e-Kasih sebagai penerima yang berstatus Miskin / Miskin Tegar. Berikut merupakan talian e-Kasih mengikut negeri pemohon :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

Leave a Comment