CARA MEMOHON BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

Pengkreditan bantuan tunai menerusi aplikasi e-Wallet mendapat banyak reaksi yang positif daripada penerima sebelum ini yang menyatakan bahawa inisiatif ini perlu diteruskan kerana dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya dengan baik untuk pelbagai transaksi.

Bagaimanakah cara memohon bantuan ewallet rm300 sebulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN : DAFTAR SEKARANG

PERUNTUKAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN

Setiap tahun Kerajaan negeri memperuntukan RM108 juta khas untuk 30,000 rakyat Malaysia yang memohon serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Setiap penerima akan menerima sebanyak RM300 setiap bulan yang bersamaan RM3,600 setahun.

KELEBIHAN MEMOHON BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN 2024

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang diperoleh daripada bantuan ini :

BIL.KELEBIHAN-KELEBIHAN
1.Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet
boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan
asas di kedai serta pasaraya berdaftar.
2.Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
tanpa perlu mengeluarkan tunai.
3.RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan
asas.
4.Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan
hadapan.
5.Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap
bulan secara automatik.

KRITERIA KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN

Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk memohon Bantuan e-Wallet RM300 sebulan :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (Golongan B40);
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar.

CARA MEMOHON BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN 2024

Ikuti cara memohon Bantuan e-Wallet RM300 sebulan secara online melalui laman rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Permohonan Bantuan
e-Wallet RM300 sebulan
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Sila layari pautan laman rasmi permohonan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman utama BINGKAS.
  3. Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
  4. Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
  5. Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  6. Klik [Sahkan OTP].
  7. Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
  8. Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
  9. Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
  11. Kemudian, tekan butang [Teruskan].
  12. Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
  13. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  14. Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
  15. Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
  16. Tekan butang [Hantar].
  17. ‘Pendaftaran anda telah berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.
  18. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment