CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024 : DAFTAR SEKARANG

CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024 : DAFTAR SEKARANG

Kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat tidak kira yang mempunyai keluarga atau bujang juga turut terkesan. Oleh yang demikian, Kerajaan mewujudkan satu bantuan iaitu Bantuan Sara Hidup yang disalurkan sebanyak RM1,200 kepada setiap individu yang layak.

Bagaimanakah cara memohon bantuan sara hidup RM1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024

Demi membantu rakyat yang terkesan akan gelumang kos sara hidup yang semakin tinggi, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar peruntukan bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelum ini.

Peruntukan bagi tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.

KELEBIHAN MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024

Berikut merupakan kelebihan yang pemohon akan dapat daripada Bantuan Sara Hidup :

  1. Bantuan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam kad pengenalan penerima;
  2. Penerima boleh membeli barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) menggunakan kad pengenalan sahaja di kedai terpilih;
  3. Had pembelian sehingga RM1,200; dan
  4. Boleh digunakan sehingga 31 Disember 2024.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024

Untuk memohon bantuan sara hidup RM1,200, pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024

Sekiranya pemohon telah memenuhi syarat kelayakan, pemohon boleh membuat permohonan seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://www.icu.gov.my/?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s02.

Leave a Comment