CARA MEMOHON BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD RM150 SEBULAN 2024 : MOHON SEKARANG
Sebulan sekali kerajaan akan memasukkan bantuan tunai ke dalam MyKad penerima yang melepasi tapisan kelayakan yang ditetapkan. Namun, bantuan tunai dalam MyKad adalah dimasukkan selama 12 bulan sahaja bagi tahun ini.
Bagaimanakah cara memohon bantuan tunai dalam mykad rm150 sebulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN BELI BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM450 SETIAP BULAN : MOHON SEKARANG
TARIKH MEMOHON BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD 2024
Berikut merupakan tarikh yang dibuka untuk permohonan Bantuan Tunai Dalam MyKad :
BIL. | TARIKH MEMOHON BANTUAN |
---|---|
1. | 01/11/2023 hingga 30/11/2023 |
2. | 01/12/2023 hingga 29/02/2024 |
3. | 01/03/2024 hingga 30/06/2024 |
4. | 01/07/2024 hingga 30/09/2024 |
PENGGUNAAN BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD RM150 SEBULAN 2024
Penerima yang disahkan layak menerima Bantuan Tunai Dalam MyKad boleh menggunakan bantuan tersebut hanya untuk pembelian tanpa tunai di mana-mana kedai berhampiran dan tidak boleh membuat pengeluaran tunai daripada MyKad.
JUMLAH BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD SEBULAN 2024
Bantuan tunai akan dimasukkan ke dalam MyKad sebulan sekali berdasarkan kategori penerima seperti berikut :
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM50 sebulan |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM100 sebulan |
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD |
---|---|
Isi Rumah Berpasangan | RM100 sebulan |
Isi Rumah Tunggal | RM100 sebulan |
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD RM150 SEBULAN 2024
Antara syarat kelayakan utama untuk memohon Bantuan Tunai Dalam MyKad adalah pemohon mestilah Warganegara Malaysia serta menepati syarat-syarat berikut :
- ISI RUMAH :
- Berpasangan (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK.
- WARGA EMAS :
- Bujang; atau IbuBapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan; serta
- Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan individu bawah garis PGK.
- BUJANG :
- Bujang / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Pendapatan individu bawah garis PGK.
*Serta lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dan juga tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CARA MEMOHON BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD RM150 SEBULAN 2024
Berdasarkan soalan lazim, pemohon haruslah membuat permohonan di portal berikut :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
*Nota : Setelah itu, pemohon haruslah berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20SARA%2019012024%20FINAL.pdf.