CARA MEMOHON BANTUAN WARGA EMAS 2025 : MOHON SEKARANG
Khusus kepada Warga Emas sahaja, peruntukan bantuan tunai akan dinaikkan pada tahun 2025 dan bakal disalurkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu Warga Emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Bagaimanakah cara memohon bantuan warga emas? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN STR 2025 : SEMAK JUMLAH BAYARAN
KADAR BAYARAN BANTUAN WARGA EMAS 2025
Bantuan tunai yang akan dibayar kepada Warga Emas untuk tahun 2025 bakal dinaikkan dengan kadar sebanyak :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
---|---|
Warga Emas | Daripada RM500 (2024) Kepada RM600 (2025) |
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS BANTUAN WARGA EMAS
Untuk memohon Bantuan Warga Emas, pemohon haruslah menepati kriteria-kriteria khusus seperti berikut :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di :
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
CARA MEMOHON BANTUAN WARGA EMAS 2025
Ikuti cara memohon Bantuan Warga Emas seperti berikut :
- Sila muat turun borang permohonan di sini :
- Cetak borang tersebut.
- Kemudian, sisikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Setelah borang tersebut selesai diisi, pemohon perlu menghadirkan diri di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berhampiran.
- Selesai.
*Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
DOKUMEN SOKONGAN UNTUK MEMOHON BANTUAN WARGA EMAS
Pemohon diminta untuk membawa dokumen sokongan seperti berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarat :
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.
Bantuan warga emas 2025.
Warga emas ditinggalkan suami layak ke bantuan warga emas