CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : DAFTAR SEKARANG
Dirujuk daripada ucapan belanjawan 2024, bantuan RM100 setiap bulan yang dikreditkan ke dalam Mykad penerima akan diperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima dan kadar bantuan juga dinaikkan. Hal ini demikian kerana, Kerajaan menyasar semula subsidi dan lebihan daripada penjimatan subsidi itu adalah untuk pemberian bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
Bagaimanakah cara mohon bantuan rm100 mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD : CHECK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN RM100 MYKAD 2024
Bantuan RM100 Mykad atau nama rasminya ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan khas untuk pembelian barangan keperluan asas dapur (mengikut 10 kategori yang ditetapkan) di kedai-kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia dengan hanya pembayaran menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) sahaja.
SENARAI PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD
Bantuan RM100 Mykad telah diperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima iaitu penerima daripada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dibahagikan mengikut kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
STR Miskin Tegar | 0.2j |
STR Miskin | 0.5j |
STR Isi Rumah Asas | 1.3j |
STR Warga Emas & Bujang | 4.3j |
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN RM100 MYKAD 2024
Pemberian bantuan RM100 setiap bulan mengikut jumlah keseluruhan adalah berbeza untuk setiap kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Isi Rumah Asas | RM300 |
STR Warga Emas & Bujang | RM150 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN RM100 MYKAD
Pembayaran bantuan RM100 setiap bulan ke dalam Mykad penerima adalah berbeza mengikut kategori penerima berdasarkan jumlah keseluruhan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JADUAL BAYARAN |
---|---|
STR Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan sepanjang tempoh 12 bulan bersamaan RM1,200 setahun. |
STR Isi Rumah Asas | RM100 setiap bulan sepanjang tempoh 3 bulan bersamaan RM300. |
STR Warga Emas & Bujang | *Akan diumumkan oleh Menteri kewangan nanti. |
KAEDAH MENGGUNAKAN BANTUAN RM100 MYKAD
Bantuan RM100 Mykad boleh digunakan hanya untuk pembelian barangan keperluan asas dapur seperti berikut :
KAEDAH PENGGUNAAN BANTUAN RM100 MYKAD |
---|
Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini : SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN MYKAD. |
Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut / rujuk DI SINI. |
Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan. |
Juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan. |
Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian. |
Simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki dalam MyKad. |
CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD 2024
Menurut jawapan daripada soalan lazim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tiada permohonan perlu dilakukan kerana penerima Bantuan RM100 Mykad ini adalah diambil daripada data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus dan disemak silang dengan data daripada e-Kasih. Rujuk di sini : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq-bm/.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat : MyKasih Foundation, Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Tel : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Rujuk website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/
Saya xdpt pon
Saya oku asnaf miskin mengapa saya tidak mendapat bantuan RM100.00 my card 2024…?
Nak sara family yg susah
Saya nak bantu family Yang susah
Kurang kan beban keluarga sy
Saya nak mohon
Saya pendapatan tk tetap anak 5 orang kenapa tidak dapat
Saya nak mohon bantuan rm100 sekurangnya dapat meringankan beban saya hidup di bandar.
Saya nak memohon bantuan Rm 100 untuk meringankan beban saya
Saya nak mohon bantuan RM100
Untuk membeli susu Dan pampers anak baru berumur setahun lebih.anak saya tidak menyusu dada ibunya
Ingin membuat permohonan SARA 2024
Mcm mne nk buat permohonan my kasih ni….
Mcm mna nk mohon my kasih
Saya penerima STR sudah lama. kenapa saya tidak di calon kan sebagai penerima bantuan MYKAD ada masalah kah…
Saya X dpt pun..sdgkan sakit dah 5tahun lbh,Dan pihak jkm keluarkan kad OKU keatas dri saya,bantuan ni xpnh dpt pun…hrp phk bwajib dtglh kerumah saya buat lawatan,kerana syg xdpt lgi bjln utk Sana sini🙏🏿
Cara nak mohon bantuan kad rm100 .. mc mane yea
Saya penerima str dan suami oku ank maseh ade 3 org bersekolah.. 18 tahun sambung diploma..16 tahun dan 6 tahun(2025 masuk tahun 1)
Macam mne nak mohon mykasih ye?saya penerima str
Saya bujang tiada pendapatan tetap kenapa saya tidak dapat
Keluarga saya penerima str hampir 3 tahun tapi x pernah dpt pon bantuan mykad. Saya lihat ramai jugak komen perkara yg sama. Makin tak jujur dana bantuan ni diagihkan oleh pihak atasan. Mohon siasat kenapa jadi begini.
sya dpat str tapi xdpat bantuan mykad atau lain²