CARA TEBUS EMADANI RM100 2023 : MUDAH & CEPAT

CARA TEBUS EMADANI RM100 2023 : MUDAH & CEPAT

Bantuan eMADANI telah dibuka untuk tuntutan / tebus bermula 4 Disember 2023 (Isnin) dalam kesemua empat (4) aplikasi e-dompet yang mengambil bahagian tersebut. Seramai 10 juta rakyat Malaysia layak menebus bantuan ini. Proses untuk tebus mengambil masa sehari hingga lima (5) hari untuk dikreditkan. Malah, ada juga yang tidak berjaya untuk tebus.

Di sini kami akan kongsikan cara tebus eMADANI RM100 2023 dengan mudah dan cepat. Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG UITM PAHANG : PERMOHONAN ONLINE

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EMADANI 2023

Sebelum anda membuat tuntutan / tebus, sila baca dengan teliti syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
  • Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023;
  • Bukan penerima Bantuan eBeliaRahmah.

SENARAI APLIKASI EMADANI TERPILIH

Berikut merupakan senarai aplikasi terpilih yang boleh anda tebus bantuan eMADANI RM100 2023 , seperti di bawah :

  • MAE Maybank.
  • ShopeePay.
  • SETEL Petronas.
  • Touch ‘n Go e-Wallet.

TEMPOH TEBUS / BERBELANJAAN EMADANI RM100 2023

Bantuan eMADANI mempunyai tempoh untuk menebus dan berbelanja, berikut merupakan tarikh untuk tebus dan berbelanja :

  • Tempoh tebus : 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024.
  • Tempoh berbelanjaan : 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024.

SENARAI TRANSAKSI YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN

Bantuan e-Wallet MADANI RM100 hanya boleh digunakan secara pembayaran fizikal Kod QR sahaja, berikut merupakan senarai transaksi yang tidak boleh digunakan :

  • Membuat pindahan ke akaun lain.
  • Membuat pengeluaran tunai.
  • Membayar bil utiliti.
  • Membayar mana-mana saman.
  • Membayar bil pospaid atau prepaid.
  • Pembelian games.
  • Pembayaran parking atau tol.
  • dan lain-lain RUJUK aplikasi yang digunakan.

*Jika anda melakukan salah satu transaksi di atas, kemungkinan akaun anda akan disekat.

CARA TEBUS EMADANI RM100 2023

Ikuti cara tebus Bantuan eMADANI RM100 2023 seperti di bawah berikut :

  1. Sila pilih salah satu antara empat (4) aplikasi yang dinyatakan di atas.
  2. Sekiranya anda menggunakan aplikasi [Touch ‘n Go e-Wallet] di dalam telefon bimbit anda.
  3. Sila buka aplikasi dan klik pada [Claim your RM100 eMADANI credit now!] pada bahagian halaman utama (HOME).
  4. Anda akan dipaparkan pada Baucar yang ditawarkan.
  5. Tandakan [/] sekiranya anda setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Tuntut Sekarang!].
  7. Kemudian, anda akan dipaparkan bahagian Mykad, sila semak butiran Mykad anda.
  8. Tandakan [/] sekiranya anda setuju bahawa data anda akan dikongsi dengan pihak ketiga.
  9. Klik butang [Teruskan].
  10. Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti :
    • [Alamat],
    • [Tahap Pelajaran],
    • [Jenis Pekerjaan],
    • [Pendapatan bulanan].
  11. Seterusnya, tanda [/] setuju dan [Hantar].
  12. ‘Tuntutan eMADANI anda akan diproses’.
  13. Selesai.

*Proses pengkreditan akan mengambil masa sehari hingga 5 hari.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan Bantuan eMADANI di atas, sila rujuk pihak berwajib mengikut aplikasi yang anda pilih seperti di bawah :

MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke [email protected].
Setel Petronas : Emel ke [email protected].
ShopeePay : +603-2777 9222.
Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.

Leave a Comment