CARA BELI GUNA EMADANI RM100 2023

CARA BELI GUNA EMADANI RM100 2023

Bantuan eMADANI telah dilancarkan dan dibuka untuk tebus sebanyak RM100 di dalam aplikasi e-dompet yang terpilih. Seramai 10juta penerima yang layak untuk tebus. Bantuan eMADANI akan dikreditkan selepas sehari atau sehingga 5 hari dari tarikh tebus. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli di kedai fizikal sahaja. Terdapat sebilangan besar senarai kedai yang terpilih mengambil bahagian dalam penjualan dengan eMADANI.

Bagaimanakah cara beli guna emadani rm100 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA TEBUS EMADANI RM100 : MUDAH & CEPAT

SENARAI KEDAI TERPILIH

Berikut merupakan senarai kedai-kedai yang terpilih yang boleh membuat pembayaran dengan menggunakan bantuan eMADANI RM100 :

  • Mr.DIY.
  • Watson.
  • Zus Coffee.
  • Lotus’.
  • 7Eleven.
  • 99 Speedmart.
  • MYDIN.
  • Uniqlo.
  • PADINI.
  • Tealive.
  • FamilyMart.
  • Dan banyak lagi.

TARIKH SAH PEMBELIAN GUNA EMADANI RM100

Berikut merupakan tarikh sah tempoh pembelian dengan menggunakan Bantuan eMADANI RM100 :

TARIKH SAH PEMBELIAN EMADANI
Bermula 04/12/2023 sehingga 29/02/2024

SENARAI TRANSAKSI TIDAK BOLEH DILAKUKAN DENGAN EMADANI RM100

Bantuan e-Wallet MADANI RM100 hanya boleh digunakan secara pembayaran fizikal Kod QR sahaja, berikut merupakan senarai transaksi yang tidak boleh digunakan :

  • Membuat pindahan ke akaun lain.
  • Membuat pengeluaran tunai.
  • Membayar bil utiliti.
  • Membayar mana-mana saman.
  • Membayar bil pospaid atau prepaid.
  • Pembelian games.
  • Pembayaran parking atau tol.
  • dan lain-lain RUJUK aplikasi yang digunakan.

*Jika anda melakukan salah satu transaksi di atas, kemungkinan akaun anda akan disekat.

CARA BELI GUNA EMADANI RM100

Berikut merupakan cara pembelian dan bayaran menggunakan bantuan eMADANI RM100, seperti di bawah :

  1. Sila lihat pada baki di dalam aplikasi yang anda tebus.
  2. Kemudian, pergi ke mana-mana kedai yang anda ingin.
  3. Pilih barang bawah daripada RM100.
  4. Seterusnya pergi ke kaunter bayaran dan nyatakan kepada jurujual bahawa anda ingin bayar menggunakan eMADANI.
  5. Buka aplikasi yang anda tebus; contoh : [Touch n’ Go e-Wallet].
  6. Kemudian, klik pada [Pay / bayar].
  7. Masukkan (6) Digit PIN anda.
  8. Jurujual akan mengimbas kod di dalam telefon bimbit anda.
  9. Baki akan ditolak dari pembelian anda.
  10. Selesai.

*Sekiranya baki tidak mengcukupi, anda boleh bayar secara tunai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda, Semoga bermanfaat. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan bantuan eMADANI, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke [email protected].
Setel Petronas : Emel ke [email protected].
ShopeePay : +603-2777 9222.
Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.

Leave a Comment