CEK BANTUAN SARA 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Program SARA bagi tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.
Bagaimanakah cek bantuan sara 2024? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN SARA
Ia adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih serta bukan miskin / miskin tegar juga layak menerima di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas.
KELAYAKAN BANTUAN SARA 2024
Pemberian bantuan Sara adalah untuk yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
KADAR BANTUAN SARA 2024
Pemberian bantuan Sara adalah mengikut kategori kelayakan dengan kadar seperti berikut :
- Status Miskin Tegar :
KATEGORI | KADAR BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah i. Kahwin ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak | RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,200 |
Bujang | RM600 |
- Status Miskin :
KATEGORI | KADAR BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah i. Kahwin ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak | RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,200 |
Bujang | RM600 |
- Status Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) :
KATEGORI | KADAR BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah i. Kahwin ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
TARIKH BAYARAN SARA 2024
Pembayaran bantuan Sara adalah berbeza mengikut alamat dan kategori penerima seperti berikut :
- Penerima Semenanjung Malaysia :
- Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Miskin Tegar (Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang) | Bayaran pertama pada 22 Januari 2024 dan seterusnya pada 1 hari bulan setiap bulan ke dalam MyKad penerima. (Januari 2024 – Disember 2024) |
Miskin (Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang) | Bayaran pertama pada 22 Januari 2024 dan seterusnya pada 1 hari bulan setiap bulan ke dalam MyKad penerima. (Januari 2024 – Disember 2024) |
Asas (Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang) | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. |
- Penerima Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan :
- Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Miskin Tegar (Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang) | Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) |
Miskin (Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang) | Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) |
Asas (Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang) | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. |
CEK BANTUAN SARA 2024
Penerima boleh cek / membuat semakan Bantuan Sara di Portal Rasmi MyKasih atau Portal Rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :
- Cek Bantuan Sara di Portal Rasmi Mykasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cek Bantuan Sara di Portal Rasmi MySTR LHDNM :
- Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik butang [Semak].
- Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
- Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
- Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.