SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Penerima bantuan di bawah data e-Kasih iaitu daripada kategori miskin dan miskin tegar akan menerima bantuan tunai sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam kad pengenalan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya seluruh Malaysia dan pembayaran hanya dengan menggunakan kad pengenalan sahaja.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan ekasih rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : REGISTER BANTUAN MY KASIH RM1200 : MOHON SEKARANG

SENARAI PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN

Kerajaan telah menambahbaik bantuan ini bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelum ini untuk diberikan kepada lebih ramai penerima seperti senarai berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
Kategori Miskin Tegar
(Isi Rumah, Bujang,
& Warga Emas)
0.2j penerima
Kategori Miskin
(Isi Rumah, Bujang,
& Warga Emas)
0.5j penerima
Kategori Asas
Isi Rumah, Bujang,
& Warga Emas
(Bukan miskin /
miskin tegar)
5.6j penerima
*Menurut data daripada e-Kasih terdapat 0.7j penerima dari kategori miskin dan miskin tegar yang layak berbanding tahun sebelum ini hanya 0.2j sahaja.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024

KATEGORI PENERIMATARIKH
PENERIMA
Kategori Miskin TegarBermula 22 Januari 2024
seterusnya
setiap bulan pada 1 hari bulan
(Januari 2024 – Disember 2024)
Kategori MiskinBermula 22 Januari 2024
seterusnya
setiap bulan pada 1 hari bulan
(Januari 2024 – Disember 2024)
Kategori Asas
(Bukan miskin / miskin tegar)
Akan diberitahu dari semasa ke
semasa
*Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan : dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024

CARA PENGGUNAAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN

BIL.CARA-CARA PENGGUNAAN
1.Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan
berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label
MyKasih di rak tanda harga.
2.Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
3.Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas
yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
4.Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit
untuk mengesahkan transaksi pembelian.
5.Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak
transaksi pembelian.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024

Bantuan yang bernilai RM100 setiap bulan ini boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

Leave a Comment