CHECK BANTUAN BARANG DAPUR RM150 PENERIMA OKTOBER 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK BANTUAN BARANG DAPUR RM150 PENERIMA OKTOBER 2024 : SEMAK SEKARANG

Pada bulan Oktober ini, Bantuan Barang Dapur masih tetap terus diberikan kepada penerima yang layak dengan kadar yang dijangka dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos perbelanjaan barang dapur untuk seisi keluarga.

Bagaimanakah check bantuan barang dapur rm150 penerima Oktober? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN RM150 MYKAD : SEMAK SEKARANG

INISIATIF PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR RM150 PENERIMA OKTOBER 2024

Pemberian Bantuan Barang Dapur bukanlah diberikan secara barangan fizikal, namun inisiatif pemberian Bantuan Barang Dapur adalah secara tanpa tunai seperti baucar yang mana penerima hanya boleh membuat pembelian barang yang ingin dibeli secara tanpa tunai (cashless).

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR RM150 BULAN OKTOBER 2024

Walaupun Bantuan Barang Dapur diberikan kepada penerima secara berperingkat bermula pada 1 Oktober 2024 (Selasa), namun ia akan berterusan sepanjang bulan dan sehingga selesai ke penghujung bulan Oktober ini.

TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN BARANG DAPUR RM150 PENERIMA OKTOBER 2024

Sekiranya penerima yang telah menerima Bantuan Barang Dapur pada bulan Oktober namun masih belum belum menggunakan, penerima masih boleh menggunakannya pada bulan seterusnya sehingga sebelum 31 Disember 2024.

AMAUN BANTUAN BARANG DAPUR BULAN OKTOBER 2024

Bantuan Barang Dapur akan diberikan kepada penerima pada bulan Oktober ini seperti berikut :

  • Isi Rumah : RM100.
  • Warga Emas : RM100.
  • Bujang : RM50.

CHECK BANTUAN BARANG DAPUR RM150 PENERIMA OKTOBER 2024

Ikuti cara check penerima Bantuan Barang Dapur untuk Bulan Oktober seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Check Status].
  5. Status penerima bulan Oktober akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di Talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment