CHECK BANTUAN BULANAN MYKAD RM150 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Hanya Kad Pengenalan (MyKad) warganegara Malaysia yang terpilih akan menerima bantuan tunai secara bulanan dan ianya tidak terhad kepada golongan berkeluarga sahaja, namun juga disalurkan kepada golongan bujang yang tiada pendapatan atau berpendapatan rendah.
Bagaimanakah check bantuan bulanan mykad rm150? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKASIH RM350 FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG
TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN BULANAN MYKAD RM150 2024
Penerimaan Bantuan Bulanan MyKad yang disalurkan setiap bulan adalah secara automatik ke dalam Mykad penerima yang terpilih selama tempoh 12 bulan yang bermula pada bulan Januari dan akan tamat sehingga bulan Disember nanti.
KEGUNAAN BANTUAN BULANAN MYKAD RM150 2024
Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan dalam MyKad setiap bulan untuk membeli barangan asas dapur, peralatan persekolahan anak serta barang kelengkapan kebersihan dan juga produk kesihatan seperti ubat-ubatan.
KADAR PENERIMAAN BANTUAN BULANAN MYKAD RM150 2024
Bagi golongan berkeluarga yang ada atau tiada anak akan menerima Bantuan Bulanan dalam MyKad berjumlah sebanyak RM100 setiap bulan dan bagi golongan bujang belum berkahwin atau pasangan yang berpisah tiada anak pula akan menerima sebanyak RM50 setiap bulan.
KESELAMATAN PENGGUNAAN BANTUAN BULANAN MYKAD 2024
Inisiatif bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad secara bulanan adalah selamat kerana hanya pemegang MyKad sahaja yang mengetahui 6-digit nombor PIN yang khusus untuk menggunakan bantuan tersebut setiap bulan di mana-mana kedai berdaftar.
CHECK BANTUAN BULANAN MYKAD RM150 2024
Ikuti cara check status penerima Bantuan Bulanan MyKad berjumlah RM150 di pautan berikut :
- Sila layari pautan rasmi bantuan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Paparan skrin akan dibawa ke bahagian ‘Check Status‘.
- Masukkan ‘nombor MyKad*’ dengan betul tanpa – (contoh : 8902303456).
- Seterusnya, klik butang [Check Status] di bawah.
- Status penerima yang laya akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.