SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Selain bantuan tunai STR, kerajaan juga turut menyalurkan bantuan tunai tambahan yang diberikan khas kepada penerima STR supaya rakyat yang berpendapatan rendah terus mendapat bantuan yang sewajarnya dan cukup untuk menampung kos sara hidup.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tambahan str rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN BULANAN MYKAD RM150 : SEMAK STATUS SEKARANG
JADUAL PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024
Berikut merupakan jadual penyaluran Bantuan Tambahan STR bagi fasa yang ketiga (3) :
JENIS BANTUAN | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Bantuan STR | Bermula 29 Ogos 2024 hingga 20 September 2024 |
Bantuan Tambahan STR | Bermula 1 September 2024 |
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024
Jumlah penyaluran adalah tertakluk kepada kelayakan penerima seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR DAN TAMBAHAN |
---|---|
Isi Rumah B40 | Tiada Anak : RM150+RM100 = RM250. 1 – 2 Anak : RM350+RM100 = RM450. 3 – 4 Anak : RM500+RM100 = RM600. 5 ke atas : RM650+RM100 = RM750. |
Isi Rumah M40 | Tiada Anak : RM150. 1 – 2 Anak : RM200. 3 – 4 Anak : RM250. 5 ke atas : RM300. |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR DAN TAMBAHAN |
---|---|
Bujang Belia | RM50 + RM50 = RM100. |
Bujang Warga Emas | RM150 + RM100 = RM250. |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024
Penyaluran Bantuan Tambahan STR bagi fasa tiga (3) adalah melalui kaedah seperti berikut :
JENIS BANTUAN | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Bantuan STR | Disalurkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional. |
Bantuan Tambahan STR | Disalurkan secara tanpa tunai ke dalam akaun kad pengenalan penerima. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024
Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan Tambahan STR RM150 fasa tiga (3) seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR LHDNM | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR LHDNM di atas.
- Pada halaman utama STR, masukkan nombor Mykad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Tambahan].
- Status penerima bantuan tambahan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.