CHECK BANTUAN MYKAD MADANI RM150 FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG
Penggunaan kad pintar MyKad kini seakan kad bank yang boleh digunakan untuk menerima bantuan wang tunai daripada kerajaan dan penerima boleh terus menggunakan MyKad untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless) dengan 6-digit nombor PIN mengikut fasa.
Bagaimanakah check bantuan mykad madani rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI MYSARA RM600 : SEMAK STATUS SEKARANG
JADUAL PENERIMAAN BANTUAN MYKAD MADANI RM150 MENGIKUT FASA 2024
Berikut merupakan jadual penerimaan Bantuan MyKad Madani yang mengikut fasa sepanjang tahun 2024 :
- 22/01/2024 hingga 01/03/2024 (Fasa Pertama) : RM50 + RM50 + RM50 = RM150;
- 01/04/2024 hingga 01/06/2024 (Fasa Kedua) : RM50 + RM50 + RM50 = RM150;
- 01/07/2024 hingga 01/09/2024 (Fasa Ketiga) : RM50 + RM50 + RM50 = RM150;
- 01/10/2024 hingga 01/12/2024 (Fasa Keempat) : RM50 + RM50 + RM50 = RM150.
KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI 2024
Antara kelebihan yang dapat daripada Bantuan MyKad Madani adalah :
- Bantuan dikreditkan ke dalam MyKad secara automatik;
- Dapat digunakan untuk memenuhi keperluan asas;
- Boleh digunakan pada lebih 600 kedai dan pasaraya seluruh Malaysia;
- Had bantuan sehingga RM600 dan RM1,200 setahun;
- Mempunyai 6-digit nombor PIN yang hanya diketahui oleh pemegang MyKad; dan
- Lebihan baki daripada bulan yang lepas akan dibawa ke bulan seterusnya.
TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD MADANI RM150 2024
Setiap bulan penerima yang layak akan menerima Bantuan MyKad Madani dengan kadar antara RM50 hingga RM100 sebulan selama tempoh 12 bulan dan sekiranya bantuan tidak digunakan atau mempunyai lebihan baki daripada bulan tersebut, baki akan dibawa ke bulan seterusnya.
Namun bagaimanapun, baki tersebut perlu digunakan dan dihabiskan untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless) sebelum tamat tempoh penggunaan iaitu pada 31 Disember 2024.
CHECK BANTUAN MYKAD MADANI RM150 FASA 3 2024
Ikuti cara check status penerima Bantuan MyKad Madani bagi fasa ketiga seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di Talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.